ePengeluaranKWSP

E-Pengeluaran KWSP 2023 : Syarat Kelayakan & Panduan Permohonan

E-Pengeluaran KWSP 2023 adalah merupakan sebuah inisiatif kemudahan untuk ahli / pencarum membuat pengeluaran untuk tujuan peribadi tersedia. Untuk makluman, pencarum boleh membuat permohonan e-pengeluaran KWSP selagi menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

E-PENGELUARAN KWSP 2023

Baru-baru ini kemudahan fasiliti sokongan akaun 2 (FSA2) KWSP telah dilancarkan dimana ahli boleh membuat permohonan pembiayaan pengeluaran melalui institusi perbankan. Namun tahukah anda terdapat kemudahan yang disediakan oleh pihak KWSP untuk pencarum tanpa perlu membuat pembiayaan.

Kemudahan e-pengeluaran KWSP ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana jua untuk ahli yang ingin membuat pengeluaran atas tujuan peribadi tersedia. Pengeluaran boleh dimohon bagi dari simpanan akaun 2 untuk tujuan seperti membina rumah, pendidikan, kesihatan dan pelbagai lagi.

SENARAI JENIS PENGELUARAN YANG DIBENARKAN

Kepada yang masih belum tahu, tahun ini anda boleh membuat pengeluaran simpanan akaun 2 KWSP bagi urusan-urusan peribadi seperti berikut :

  • Pengeluaran untuk tujuan membina rumah
  • Pengeluaran untuk tujuan membeli rumah
  • Pengeluaran bagi menyelesaikan baki pinjaman rumah
  • Rawatan kesihatan (perubatan)
  • Pengeluaran pendidikan
  • Pengeluaran untuk menyelesaikan baki PTPTN.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN E-PENGELUARAN KWSP 2023

Berikut telah disediakan syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk mohon e-pengeluaran seperti di bawah :

  • Pemohon merupakan Warganegara Malaysia atau penduduk tetap
  • Ahli KWSP
  • Mematuhi syarat kelayakan mengikut syarat pengeluaran semasa
  • Permohonan pengeluaran tidak boleh melebihi amaun pengeluaran maksimum
  • Pemohon yang layak akan menerima bayaran secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank simpanan / semasa ahli KWSP.

PANDUAN PERMOHONAN

Kepada ahli / pencarum KWSP yang ingin membuat e-pengeluaran KWSP 2023 untuk tujuan peribadi seperti diatas, permohonan boleh dibuat secara online. Panduan permohonan telah disediakan di laman rasmi e-pengeluaran KWSP – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada bulan April ini, tinggal lagi beberapa hari untuk menyambut hari raya aidilfitri. Pihak kerajaan telah melancarkan pelbagai inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan kepada rakyat Malaysia terutama golongan sasar bagi membantu meringankan beban persediaan hari raya.

Bagi yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang dibayar pada bulan ini dan berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button