Bayaran Pengeluaran Khas KWSP Sudah Bermula
Untuk makluman umum, Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP sudahpun bermula pada tarikh 18 April 2022 yang mana telah diawalkan berbanding 20 April 2022 sebelum ini menerusi kenyataan dari Menteri Kewangan Malaysia di akaun media sosial Facebook milik beliau.
Kepada ahli KWSP sudah boleh membuat semakan permohonan bermula 1 April yang lalu. Ahli disarankan membuat semakan dari semasa ke semasa dan diharapkan bersabar kerana pembayaran dijalankan secara pengkreditan ke akuan Bank dan secara berperingkat.
Butiran Penting Pengeluaran Khas KWSP
Untuk pengetahun umum, Portal Rasmi Pengeluaran khas KWSP mulai boleh diakses bermula 1 April 2022. Manakala untuk semakan kelulusan bermula 9 April 2022.
Kepada ahli yang masih belum membuat permohonan dan berniat untuk membuat pengeluaran khas KWSP ini masih belum terlambat kerana tarik permohonan masih dibuka dan akan tamat pada tarikh 30 April 2022. Kepada ahli yang berniat untuk membuat pengeluaran dinasihatkan agar membuat permohonan segera kerana pembayaran kepada ahli yang lulus sudah mula dibayar bermula 18 April 2022.
Nota : Pembayaran pengeluaran Khas KWSP dibayar secara sekali bayar sahaja (One-off)
Panduan Semakan
Kepada ahli KWSP, anda boleh membuat semakan status permohonan pengeluaran khas ini mulai 9 April 2022 melalui kaedah seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi Pengeluaran Khas KWSP – DI SINI
- Tekan butang “Teruskan”
- Tekan butang “Semakan Status Permohonan”
- Sila isi maklumat (Nombor MyKad)
- Isi Nombor telefon semasa
- Sahkan Capcha
- Tekan butang “Semak status”
- Kemudian keputusan permohonan anda akan dipaparkan di skrin
Maksu Status Permohonan
> Permohonan Anda Telah Diterima
- Pembayaran akan dibuat bermula pada 18 April 2022
- Permohonan pengeluaran khas telah diterima, sedang disemak dan akan diproses secara berperingkat
> Permohonan Tiada Di Dalam Rekod
- Sila membuat semakan semula dan pastikan maklumat anda yang dimasukan adalah sama dengan maklumat semasa permohonan pengeluaran khas dibuat
- Sekiranya anda masih mengalami masalah sama, sila hubungi talian hotline Pengeluaran Khas di talian – 03 8922 4242 untuk maklumat lanjut
Kepada ahli disarankan untuk membuat semakan dari semasa ke semasa bagi bayaran pengeluaran khas KWSP. Pihak KWSP juga telah memperingatkan kepada ahli yang lulus dan terima pembayaran pengeluaran khas ini agar merancang pembelanjaan anda sempena musim perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi.
Maklumat Lanjut
Pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis inisiatif dan program telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan kepada rakyat yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ingin membuat semakan senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda membuat permohonan, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DISINI