Fasa 1FSA2KWSPPengeluaran Bersyarat

KWSP : Pengeluaran Bersyarat Fasa1 Minimum RM3000 (2024)

KWSP : Pengeluaran Bersyarat Fasa1 minimum RM3000 boleh dilakukan oleh ahli/ pencarum yang berkelayakan pada tahun 2024. Inisiatif khas ini dilancarkan sepanjang tahun ini bagi memberi manfaat kepada ahli KWSP yang memerlukan.

KWSP : PENGELUARAN BERSYARAT FASA1

Untuk sedia maklum, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperkenalkan sebuah inisiatif kemudahan Fasiliti Sokongan Akaun 2. Skim FSA2 pengeluaran bersyarat khas ini akan dilaksanakan secara 2 fasa yang melibatkan syarat dan had jumlah pengeluaran berbeza.

Buat masa ini, permohonan bagi pengeluaran khas bersyarat FSA2 fasa 1 telahpun dibuka kepada semua pencarum KWSP yang berkelayakan. Pengeluaran KWSP khas ini diadakan bagi membantu rakyat bagi mendapatkan pengeluaran wang.

Dengan adanya kemudahan FSA2 ini, ahli boleh membuat permohonan awal bersyarat 50 tahun atau 55 tahun. Skim ini bagi membantu ahli KWSP untuk membuat pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

KADAR PENGELUARAN BERSYARAT FASA1 (FSA2)

Untuk makluman, pihak kerajaan telah menetapkan kadar pengeluaran yang dibenarkan adalah serendah minimum RM3000. Manakala had maksimum pengeluaran yang boleh dilakukan adalah sehingga RM50000 secara one-off.

KRITERIA KELAYAKAN PENGELUARAN KWSP BERSYARAT

Pihak berwajib telah menetapkan beberapa kriteria syarat kelayakan asas bagi memohon pengeluaran melalui FSA2 ini seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Ahli KWSP
  • Umur belum mencapai 55 tahun (Syarat fasa1)
  • Permohonan dibenarkan (mohon) sekali sahaja
  • Minimum simpanan dalam akaun 2 serendah RM3000
  • Pengeluaran bersyarat maksimum RM50000
  • Mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan pihak bank.

PANDUAN DAFTAR & MOHON PENGELUARAN BERSYARAT

Kepada ahli yang berkelayakan dan memerlukan dan kewangan, permohonan pengeluaran khas FSA2 boleh dikemukakan pada tahun ini selagi masih dibuka. Panduan lengkap cara mohon telah disediakan, sila layari laman portal rasmi – FSA2 KWSP (Fasa 1)

Bagi memudahkan urusan proses permohonan, sila sediakan dokumen penting yang diperlukan pihak bank. Institusi perbankan yang terlibat adalah MBSB Bank, CIMB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan serta insentif berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat terutama golongan yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk memohon – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button