Rasmi : Pengeluaran KWSP Bersyarat Fasa 1 Kini Dibenarkan

Rasmi : Pengeluaran KWSP bersyarat fasa 1 kini dibenarkan, permohonan mula dibuka pada bulan April dan tempoh permohonan selama setahun. Untuk sedia maklum, pihak KWSP telah menyediakan kemudahan pembiayaan pengeluaran KWSP melalui Fasiliti Sokongan Akaun 2.
RASMI : PENGELUARAN KWSP BERSYARAT
Untuk makluman, baru-baru ini pihak berwajib telah memaklumkan bahawa permohonan pengeluaran KWSP fasa 1 mula dibuka pada 7 April 2023. Ahli KWSP yang berumur 40 tahun ke atas layak untuk membuat permohonan, tertakluk pada kesediaan institusi bank yang mengambil bahagian.
Melalui kemudahan pembiayaan pengeluaran KWSP FSA2 ini, pihak Bank akan mengendalikan sepenuhnya proses permohonan yang dilakukan. Institusi yang terlibat buat masa ini adalah MBSB dan Bank Simpanan Nasional (BSN).
FASILITI SOKONGAN AKAUN 2 KWSP
Kemudahan pembiayaan pengeluaran ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 4 juta pencarum / ahli KWSP di bawah umur 55 tahun. Kadar faedah (konvensional) atau secara kadar keuntungan islamik bakal dikenakan oleh pihak bank dijangka diantara empat (4) hingga lima (5) peratus setahun.
Kadar yang dikenakan adalah jauh lebih rendah daripada kadar pasaran semasa bagi pembiayaan peribadi dari institusi perbankan yang lain.
PENGELUARAN DIBENARKAN SEHINGGA RM50,000
Untuk pengetahuan umum, kadar jumlah pengeluaran yang dibenarkan adalah minimum RM3,000 sehingga RM50,000. Jumlah pembiayaan adalah tertakluk pada baki simpanan akaun 2 KWSP pemohon.
SYARAT KELAYAKAN & PANDUAN PERMOHONAN
Bagi ahli KWSP yang berminat, permohonan boleh dilakukan secara atas talian. Syarat kelayakan dan panduan permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi FSA2 KWSP – DI SINI
Nota : Setakat 31 Januari 2023, kira-kira seramai 1.89 juta ahli KWSP yang berumur antara 40 hingga 55 tahun (38 peratus) yang mempunyai baki simpanan dalam akaun 1 sebanyak RM10,000 kebawah. Penting untuk membina semula tabungan bagi kumpulan ini agar mempunyai simpanan mencukupi untuk hari persaraan nanti.
Kepada yang benar-benar ingin membuat pembiayaan pengeluaran FSA2 KWSP yang disarankan. Jika tidak perlu lebih baik ahli menyimpan untuk jaminan kewangan masa hadapan.
MAKLUMAT LANJUT
Pada tahun ini pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi membantu meringankan beban rakyat. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.