BANTUANKWSPPengeluaran KWSP

Pengeluaran KWSP Secara Bulanan Sedang Dipertimbangkan

Pengeluaran KWSP secara bulanan atau berkala untuk para pencarum sedang dipertimbangkan oleh pihak KWSP. Untuk makluman, pihak kerajaan bersetuju untuk pertimbangkan kemudahan pengeluaran ini bagi membantu ahli yang memerlukan./

PENGELUARAN KWSP SECARA BULANAN

Selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) iaitu Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Beliau telah berkata baru-baru ini bahawa kemudahan pengeluaran KWSP secara bulanan / berkala bagi pencarum sedang dipertimbangkan.

Dimana pencarum / ahli KWSP yang telah mencecah umur 55 persaraan 55 tahun sebagai mandatori untuk ahli baru. Tambahan beliau berkata, kemudahan ini mampu memberikan peluang kepada pada pencarum untuk menguruskan wang persaraan dengan lebih baik lagi.

PELUANG AHLI MENIKMATI DIVIDEN TAHUNAN

Dengan adanya pengeluaran kwsp secara bulanan atau berkala ini juga memberi peluang kepada ahli KWSP untuk terus menikmati dividen tahunan dengan baku simpanan yang ada.

”Pihak KWSP sememangnya memberi pilihan pengeluaran kepada ahli / pencarum yang sudah mencapai umur 55 tahun. Dibenarkan sama ada ingin pengeluaran penuh atau sebahagian”.

Namun pencarum yang memilih pengeluaran secara berkala atau bulanan masih tidak ramai buat masa ini. Ini adalah ruang untuk kami mempromosi inisiatif ini dengan lebih lagi.

Perkara di atas telah dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KWSP semasa persidangan kesejahteraan sosial antarabangsa 2023, pada hari rabu.

KEMUDAHAN FSA2 KWSP FASA 1

Sambil menunggu pertimbangan pengeluaran kwsp berkala / bulanan ini, terdapat 1 kemudahan pengeluaran pembiayaan KWSP melalui FSA2. Kemudahan Fasiliti Sokongan akaun 2 adalah merupakan program bantuan pembiayaan kepada ahli yang memerlukan.

Sepanjang tahun ini permohonan FSA2 KWSP fasa 1 telah dibuka kepada ahli yang berumur 40 hingga 55 tahun. Kepada mereka yang ingin membuat pengeluaran KWSP untuk tujuan peribadi boleh mohon FSA2 KWSP.

Semakan kriteria kelayakan dan panduan lengkap permohonan telah disediakan. Sila ke laman web rasmi FSA2 KWSP –DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini pihak kerajaan telah memperkenalkan lebih banyak inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban golongan b40. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk kalian dapatkan – SEMAK SINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button