
Bantuan tunai sehingga RM2,500 adalah merupakan inisiatif baru diperkenalkan oleh kerajaan untuk seluruh rakyat Malaysia pada tahun 2023. Bermula 1 sehingga 31 Mac, pihak kerajaan telah membuka permohonan baru dan kemaskini maklumat jika berlaku sebarang perubahan asas.
BANTUAN TUNAI SEHINGGA RM2,500
Perlaksanaan bantuan tunai Sumbangan tunai rahmah (STR) pada tahun ini lebih memfokuskan golongan keluarga B40 dan miskin tegar. Hal ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang pembentangan Belanjawan 2023.
Pihak kerajaan telah mengeluarkan kadar jumlah yang akan diterima oleh rakyat mengikut kategori kelayakan. Terdapat bantuan tambahan yang akan diberikan kepada golongan yang memerlukan.
KADAR LENGKAP BAYARAN BANTUAN TUNAI
Dibawah telah disediakan maklumat lengkap berkenaan bayaran STR yang akan diterima okeh rakyat Malaysia mengikut kategori seperti berikut :
KATEGORI ISI RUMAH – PENDAPATAN BULANAN DI BAWAH RM2,500
- Tiada anak – RM1,000
- Mempunyai anak 1-2 – RM1,250
- Mempunyai anak 3-4 – RM2,000
- Mempunyai anak 5 keatas – RM2,500
ISI RUMAH – PENDAPATAN BULANAN RM2,501 SEHINGGA RM5,000
- Tidak mempunyai anak – RM500
- Mempunyai anak 1-2 – RM650
- Mempunyai anak 3-4 – RM1,000
- Mempunyai anak 5 keatas – RM1,250
WARGA EMAS – 60 TAHUN KE ATAS
- RM600
BUJANG
- RM350
ISI RUMAH -MISKIN TEGAR
- Bantuan tambahan bernilai RM600 diberikan kepada golongan isi rumah (miskin tegar) dalam bentuk bakul makanan dan baucar makanan asas. Untuk semakan sama ada layak atau tidak terima bantuan tambahan ini, sila layari portal rasmi ekasih – DI SINI
PENDAFTARAN PERMOHONAN BARU & KEMASKINI MAKLUMAT ASAS
Untuk sedia maklum sekarang sehingga 31 Mac 2023 laman rasmi permohonan baru dan kemaskini maklumat STR telah dibuka. Kepada yang ingin membuat kemaskini maklumat dan individu bukan penerima STR yang ingin membuat permohonan baru, sila layari laman rasmi – MYSTR untuk semakan.
MAKLUMAT LANJUT
Selain daripada bantuan tunai sehingga RM2,500 ini, terdapat lebih banyak inisiatif yang telah disediakan oleh kerajaan untuk golongan yang memerlukan. Kepada mereka yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk anda mohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh maklumat.