BANTUANGeran PelancaranJKM

Insentif Bantuan Kewangan GP RM 2,700 One-off Melalui JKM

Pihak Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat atau lebih dikenali sebagai JKM telah melancarkan pelbagai bantuan tambahan untuk tahun ini da akan datang bagi mereka yang memerlukan dan berkelayakan. Ini adalah merupakan sebahagian inisiatif pihak JKM bagi membantu meringankan beban rakyat pada masa kini.

Salah satu bantuan yang telah diperkenalkan adalah Program Bantuan Geran Pelancaran (GP). Di halaman ini telah disediakan butiran maklumat berkenaan bantuan ini.

Syarat Kelayakan

Di bawah telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan bantuan geran pelancaran seperti berikut :

  • Individu wjib berstatus warganegara Malaysia yang sah atau bermaustatin menepati syarat
  • Merupakan kumpulan golongan sasar Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  • Bagi sebarang kes berkeperluan akan dipertimbangkan berkemungkinan layak dan kelulusan melalui KPKM
  • Purata kemiskinan isi rumah atau purata miskin per kapita tidak boleh melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

Kadar Bantuan

Bagi yang menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan dan berkelayakan melalui Bantuan Geran Pelancaran ini akan mendapatkan bayaran bantuan maksimum sebanyak RM 2,700 secara one-off.

Insentif Bantuan G P ini akan diberikan kepada golongan yang sedang menerima bantuan sedia ada sahaja kerana bantuan ini disalurkan kepada golongan kumpulan sasar JKM. Kepada yang tidak menerima apa-apa bantuan dari JKM, tidak perlu khuatir, anda boleh mengemukakan permohonan bantuan bulanan yang disediakan pihak JKM terlebih dahulu. Anda boleh membuat permohonan Bantuan G P sekiranya anda dapat tersenarai di dalam penerima bantuan JKM.

Objektif Bantuan

  • Dapat membantu penerima bantuan ke arah berdikari serta mencapai matlamat yang dituju. Dapat mewujudkan Program Pengintrigrasian dan program pembangunan
  • Dapat membantu memperkasakan kumpulan ekonomi sasar JKM yang lebih produktif, potensi, kemahiran dan minat untuk mendapatkan pendapatan untuk keluarga atau individu.

Cara Membuat Permohonan?

Bagi anda atau kenalan yang menepati syarat yang telah ditetapkan pihak JKM, anda boleh membuat permohonan bantuan Geran Pelancaran RM 2,700 ini di mana mana Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berhampiran kediaman anda.

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih terperini berkenaan bantuan Geran Pelancaran ini, anda boleh layari terus Portal Rasmi JKM – DI SINI

Maklumat Lanjut

Ramai yang terlepas pandang bahawa pada tahun ini terdapat pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan serta agensi khususnya bantuan berbentuk kewangan bagi membantu meringankan kos pembelanjaan rakyat pada tahun ini. Sekiranya anda ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button