BANTUANBLPJKM

BLP 2023 : Bantuan Perantis RM200 Sebulan Untuk Rakyat

BLP 2023 : Bantuan Perantis berjumlah RM200 sebulan ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan memerlukan. Insiatif istimewa ini disediakan pada tahun ini bagi membantu meringankan beban golongan berkelayakan.

BLP 2023 : BANTUAN PERANTIS

Untuk makluman, pihak kerajaan menyediakan pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi memberi manfaat kepada rakyat yang terjejas. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengendalikan sebuah insentif dikenali bantuan latihan perantis (BLP).

Melalui program pemberian bantuan BLP, mereka yang berkelayakan akan menerima insentif RM200 seorang setiap bulan dalam tempoh yang diberikan. Ini merupakan inisiatif yang disediakan dalam skim bantuan kebajikan pada tahun ini yang boleh dimohon oleh golongan memerlukan.

Tujuan utama perlaksanaan program BLP ini masih diteruskan pada tahun 2023 adalah bagi membantu klien Jbatan atau anak-anak penerima bantuan. Mereka yang sedang menganggur dan bekas penguhi/ pelatih Institusi kebajikan layak untuk mendapatkan latihan sambil bekerja.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN PERANTIS (BLP 2023)

Pihak JKM telah menetapkan beberapa syarat kelayakan asas bagi permohonan bantuan latihan perantis RM200 sebulan ini seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia sahaja
  2. Bermastautin di Malaysia
  3. Kes-kes berkeperluan / seliaan akhlak
  4. Merupakan anak penerima bantuan atau bekas pelatih atau bekas penghuni JKM
  5. Bekas pelatih khidmat masyarakat

Kesemua perlaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan senarai bersama (Concurrent List) antara pihak kerajaan persekutuan dan negeri. Semua telah termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 Jadual kesembilan senarai perundangan.

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN BLP 2023

Kepada mereka yang memenuhi kelayakan dan berkeperluan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan pada tahun ini. Panduan cara daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi eBantuan JKM – DI SINI

Bagi memudahkan proses semakan permohonan, anda disarankan menyertakan dokumen-dokumen penting yang diperlukan seperti salinan kad mengenalan. Borang mohon boleh dimuat turun di laman rasmi JKM yang disediakan di atas.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini pelbagai jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi membantu rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif yang ada dan layak untuk memohon – SEMAK DISINI untuk info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button