BANTUANMySTRMySTR 2024STRSumbanganTunaiRahmah

MySTR 2024 : Jadual Bayaran Fasa Pertama Telah Diumumkan

MySTR 2024 : Jadual Bayaran Fasa pertama telah diumumkan oleh pihak kerajaan semasa sidang Belanjawan tahun hadapan. Untuk makluman, pemberian Sumbangan Tunai Rahmah tahun depan fasa 1 akan mula diagihkan pada Februari 2024.

MYSTR 2024 : JADUAL BAYARAN FASA 1

Seperti sedia maklum, baru-baru ini semasa pembentangan Belanjawan 2024, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berucap mengenai STR. Pihak kerajaan bersetuju untuk meneruskan perlaksanaan inisiatif ini pada tahun hadapan dengan menaikkan kadar jumlah bantuan.

Menerusi kenyataan beliau, kadar jumlah akan ditingkatkan kepada RM3,700 dan bayaran bergantung kepada kategori serta bilangan tanggungan anak. Bagi kategori belia, jumlah ditingkatkan kepada RM500 berbanding RM350 tahun ini.

Bukan itu sahaja, kerajaan juga telah memaklumkan bahawa pembayaran bagi fasa pertama nanti akan dikreditkan maksimum RM500 berbanding tahun 2023 RM300. Untuk makluman, pengkreditan fasa 1 STR akan diagihkan sebelum ramadhan iaitu Februari 2024.

Peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah sesi 2024 adalah sekitar RM10 bilion, ianya lebih tinggi berbanding RM8 bilion bagi sesi 2023. Ini merupakan berita gembira bagi kumpulan B40 dan miskin tegar kerana mejoriti kategori tersebut akan menerima manfaat dari insentif khas ini.

JADUAL PERMOHONAN BARU MYSTR 2024

Kepada bukan penerima STR 2023, pihak kerajaan memaklumkan bakal membuka permohonan baru pada bulan November ini. Untuk rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan dan memerlukan boleh kemukakan permohonan pada bulan hadapan bagi mendapatkan manfaat daripada bantuan STR ini.

SEMAKAN STATUS BAYARAN MYSTR FASA AKHIR (2023)

Untuk pengetahuan umum, pemberian bantuan STR tahun ini masih belum selesai. Hal ini kerana terdapat satu lagi fasa pembayaran yang akan diberikan pada bulan November 2023.

Bagi penerima sedia ada boleh membuat semakan status bayaran secara online mengikut fasa. Untuk membuat semakan, sila layari laman rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Selain STR, terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan yang ditawarkan kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat yang terjejas. Kepada mereka yang terlepas pandang, sila lihat senarai insentif yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button