BANTUANMySARAMySARA 2024Sumbangan Asas Rahmah

MySARA 2024 : Kadar Pemberian Dinaikkan Kepada RM1,200

MySARA 2024 : Kadar Pemberian akan dinaikkan kepada RM1,200 berbanding tahun 2023 berjumlah RM600. Untuk makluman, pemberian bantuan tambahan ini diberikan kepada rakyat Malaysia yang merupakan penerima STR.

MYSARA 2024 : KADAR PEMBERIAN DINAIKKAN

Pada sidang pembentangan Belanjawan 2024, pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan ditingkatkan kadar bantuan. Kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah yang berkelayakan akan menerima SARA berjumlah RM1,200 pada tahun hadapan.

Apa yang menarik adalah insentif tersebut akan dikreditkan ke dalam mykad penerima RM100 setiap bulan bermula Januari sehingga Disember 2024. Ianya lebih memberi manfaat kepada golongan memerlukan terutama miskin tegar.

Inisiatif istimewa ini diteruskan pada tahun depan adalah bertujuan membantu meringankan beban kumpulan terjejas. Mereka yang layak boleh menggunakan insentif tersebut dengan cara membeli barangan keperluan asas setiap bulan di mana-mana pasaraya dan kedai runcit berdaftar.

PERBEZAAN KADAR PEMBERIAN MYSARA 2024 & 2023

Berikut adalah jumlah kadar bantuan MySARA bagi tahun 2023 dan 2024 seperti di bawah :

  • MySARA 2023 : Berjumlah RM600, pengkreditan RM100 setiap bulan bermula Julai sehingga Disember 2023
  • MySARA 2024 : Berjumlah RM1,200, pengkreditan RM100 setiap bulan bermula Januari sehingga Disember 2024.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA MYSARA

Pihak kerajaan telah menetapkan beberapa syarat kelayakan khusus bagi mendapatkan manfaat daripada bantuan Sumbangan Asas Rahmah seperti di bawah.

  1. Warganegara Malaysia sahaja
  2. Berstatus penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
  3. Pendapatan tidak melebihi (PGK) Pendapatan garis kemiskinan
  4. Golongan sasar
  5. Tersenarai dalam data maklumat ekasih.

SEMAKAN STATUS MYSARA

Anda boleh membuat semakan sama ada layak atau tidak menerima insentif tambahan ini secara dalam talian. Untuk semak status anda, sila layari laman rasmi MyKasih SARA – KLIK DISINI

Jika berkelayakan, maklumat peribadi anda yang menyatakan anda layak menerima insentif ini akan dipaparkan pada skrin semasa semakan dilakukan. Amaun yang dikreditkan ke dalam mykad tersebut boleh dibelanjakan di pasaraya berdaftar berhampiran.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan yang telah ditawarkan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas dan memerlukan. Sila lihat senarai penuh bantuan yang ada dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button