BANTUANBINGKASKerajaan

Terkini : Bantuan Kehidupan Sejahtera RM 3,600 Setahun

Untuk sedia maklum, pihak kerajaan negeri telah mengumumkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor atau lebih dikenali sebagai BINGKAS dalam sidang media belanjawan negeri yang dibentangkan pada 26 Novermber yang lalu.

Program bantuan BINGKAS adalah merupakan antara inisiatif berbentuk kewangan yang terkandung dalam Selangor penyanyang yang telah menggantikan inisiaitf peduli rakyat bagi membantu dari segi kebajikan lebih ramai rakyat dalam negeri.

Maklumat BINGKAS

Program Bantuan BINGKAS adalah merupakan salah satu inisiatif kerajaan negeri bagi membantu ketua keluarga yang mempunyai tanggunggan ramai anak dan berpendapatan bulanan RM 3,000 dan kebawah. Jika berkelayakan, anda akan menerima bantuan secara bulanan berbentuk pembelian barangan keperluan asas sebanyak RM 300 setiap bulan.

Untuk makluman, Program Bantuan BINGKAS ini adalah bantuan yang menggantikan bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) yang telah ditamatkan pada tarikh 30 Jun 2022.

Dengan adanya bantuan BINGKAS ini dapat meringankan beban kewangan rakyat dan secara langsung dapat membantu ketua keluarga  untuk membeli barangan keperluan asas seperti peralatan pendidikan dan barang keperluan harian.

Bantuan ini boleh digunakan untuk keluarga bagi menampung pembelanjaan barangan dapur, pendidikan atau apa saja urusan keluarga yang memerlukan.

Kadar Bantuan

Kadar bantuan BINGKAS adalah sebanyak RM 300 sebulan atau bersamaan RM 3,600 setahun kepada setiap keluarga yang layak.

Syarat Kelayakan

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia
  • Keluarga yang mempunyai tanggunggan anak berumur 18 dan kebawah
  • Lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
  • Pemilih berdaftar di negeri Selangor
  • Pendapatan isi rumah bulanan RM 3,000 dan kebawah

Senarai Pembelian Barangan

Antara senarai barangan yang boleh untuk pembelian adalah seperti bihun, mi, beras, biskut, roti, telur, gula, garam, rempah ratus dan sebagainya yang melibatkan keperluan asas harian.

Permohonan BINGKAS

Jika anda berminat dan rasa berkelayakan, permohonan secara online boleh dibuat. Sila layari portal rasmi BINGKAS – DI SINI

Sebarang info lebih terperinci dan pertanyaan mengenai permohonan BINGKAS, anda boleh terus menghubungi di talian khas – 1 800 22 6600 atau layari portal BINGKAS.

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022, terdapat pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia yang memerlukan khususnya melibatkan bantuan kewangan. Sekiranya anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke laman utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button