BANTUANePemulaeWallet

Senarai Penerima Bantuan ePemula Tahun 2023

Senarai penerima bantuan epemula (e-wallet) tahun 2023 adalah untuk kumpulan belia B40 dan penambahan kategori M40. Untuk makluman, pada sidang pembentangan Bajet 2023 tahun lalu, kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan kadar bantuan e-pemula sebanyak RM200 berbanding RM150 tahun 2022.

BANTUAN EWALLET 2023

Untuk sedia maklum, program pemberian bantuan epemula ini telah diperkenalkan pada tahun lalu. Atas faktor keprihatinan dan masih relevan, pihak kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan pada tahun ini dengan kadar bantuan yang lebih tinggi dan penambahan kategori untuk M40.

Program bantuan epemula telah diperluaskan, dimana golongan M40 turut akan mendapat manfaat insentif khas ini pada kadar sebanyak RM100 seorang.

Program ini masih diteruskan bagi tujuan membantu rakyat serta memupuk budaya pembelian tanpa tunai. Inisitif khas ini akan diberikan kepada kira-kira 2 juta kumpulan belia B40 dan 8 juta kumpulan M40 pada tahun ini.

SENARAI PENERIMA BANTUAN EPEMULA

Untuk syarat kelayakan bantuan epemula tahun ini sedikit berbeza kerana ada penambahan kategori. Berikut telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti dibawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Golongan belia & bujang b40
  • Individu berumur 18 hingga 20 tahun
  • Merupakan pelajar sepenuh masa bagi berumur 21 tahun dan keatas
  • Mempunyai pendapatan tahunan dibawah RM100,000 bagi kategori M40.

KADAR BANTUAN EWALLET

Pada tahun 2022, kadar bayaran adalah 1 kategori sahaja iaitu sebanyak RM150 untuk semua. Bagi tahun ini, pada sidang BAJET 2023 telah diumumkan ada penambahan kadar dan kategori. Berikut adalah kadar baru bantuan epemula seperti dibawah :

  • Kategori epemula belia B40 – RM200
  • Kategori M40 – RM100.

Dijangkakan pada suku pertama tahun ini akan dilaksanakan program epemula ini untuk rakyat Malaysia. Segala maklumat terkini berkenaan bantuan khas ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

INFO LANJUT

Selain daripada bantuan ewallet ini, terdapat pelbagai bantuan telah diumumkan oleh pihak kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Ada beberapa inisiatif telah dilaksanakan seperti STR dan BAP, ada BINGKAS.

Untuk anda yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button