BANTUANBKMFasa 4

Bantuan Keluarga Malaysia Fasa Akhir (4)

Seperti sedia maklum, pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kini hampir ke penghujung. Pembayaran bagi fasa 1 hingga 3 telah selesai disalurkan pada bulan Mac, Jun dan September 2022. Kini ramai yang menunggu bayaran bagi fasa 4 (Terakir). Di halaman kali ini dikongsikan maklumat yang perlu diketahui mengenai BKM fasa 4 nanti.

BKM 2022

Program BKM atau Bantuan Keluarga Malaysia adalah merupakan sebuah program bantuan bersasar yang diberikan kepada kategori yang berkelayakan termasuk golongan yang berpendapatan dibawah RM 5,000 sebulan.

Bantuan ini disalurkan kepada kategori Isi rumah, bujang, ibu bapa tunggal serta warga emas pada tahun ini. Kini sudah hampir tiba ke penghujung pembayaran bagi insentif bantuan kewangan BKM ini. Berikut disediakan jadual, kadar dan kategori bagi bayaran Fasa akhir (4) yang akan disalurkan tidak lama lagi.

Kategori Penerima Bayaran BKM Fasa 4

Untuk edisi fasa terakhir, kategori isi rumah, ibu bapa tunggal akan terlibat dalam penerimaan bayaran bantuan ini, kepada penerima sedia ada sila semak status BKM anda untuk memudahkan semakan maklumat pembayaran.

Jumlah Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 4

Bagi penerima sedia ada, kadar bayaran BKM Fasa 4 yang anda akan terima adalah berbeza mengikut kategori kelayakan. Jumlah bayaran adalah sehingga RM 900, bergantung kelayakan penerima bayaran fasa terakhir.

Penerima Rayuan BKM / Kemaskini Maklumat

Bagi kategori rayuan BKM pula, menurut Perdana Menteri lebih daripada 80,000 calon telah lulus rayuan BKM dan mereka akan menerima bantuan sehingga RM 2,350 mengikut kelayakan pada fasa 3. Untuk membuat semakan status kemaskini BKM akaun anda, sila layari portal rasmi BKM – DI SINI

Jadual Bayaran BKM Fasa 4

Bagi makluman umum, pembayaran BKM Fasa terakhir ini akan berlaku pada bulan Disember 2022. Namun masih belum ada kenyataan rasmi dari pihak kerajaan berkenaan tarikh bayaran. Pihak kami akan kemaskini dari semasa ke semasa berkaitan jadual pembayaran BKM.

Untuk informasi penuh berkenaan bantuan kerajaan, anda boleh semak di channel Telegram – DI SINI

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat berkenaan bantuan kerajaan yang ada pada tahun 2022 yang berkelayakan untuk anda mohon, anda boleh semak senarai bantuan di halaman utama yang telah disediakan – SEMAK DISINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button