BANTUANBTRFasa 1

Kategori Penerima Bantuan Tunai Rakyat Fasa 1

Kategori penerima Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Fasa 1 adalah bujang dan isi rumah (keluarga). Untuk sedia maklum, pembayaran BTR fasa 1 akan disalurkan pada bulan Januari 2023.

Di halaman ini telah disediakan maklumat ringkas yang perlua anda ketahui berkenaan bantuan tunai fasa 1 yang akan dilaksanakan pada bulan ini untuk seluruh rakyat Malaysia.

KATEGORI BTR FASA 1

Bagi yang terlepas pandang, program bantuan tunai khas ini telah diperkenalkan pada tahun 2023. Insentif ini bagi menggantikan bantuan kewangan tahun sebelum ini seperti BSH, BR1M, BPR dan BKM dan inisiatif ini akan melibatkan pembayaran secara berfasa.

Atas dasar prihatin kerajaan, pembayaran telah diawalkan pada bulan Januari ini kerana atas faktor seperi bencana banjir yang telah melanda di banyak kawasan terutama negeri-negeri pantai timur. Kategori penerima bantuan yang akan terlibat adalah keluarga dan bujang.

KADAR BAYARAN BTR FASA 1

Berikut adalah jumlah bantuan yang akan diterima pada bayaran fasa 1 seperti dibawah :

  • Kategori bujang menerima bantuan sebanyak RM100
  • Kategori keluarga menerima bantuan sebanyak RM300.

TARIKH BAYARAN

Untuk makluman umum, pihak kerajaan secara rasmi telah mengumumkan bahawa pembayaran BTR fasa 1 akan disalurkan pada bulan ini. Dijangkakan bayaran akan mula diberikan secara berperingkat bermula pada pertengahan atau penghujung bulan Januari 2023.

PERMOHONAN BARU & KEMASKINI MAKLUMAT

Untuk sedia maklum, tiada lagi pengumuman berkenaan cara permohonan baru dan kemaskini maklumat. Seperti tahun sebelum, data maklumat rakyat yang menerima bantuan sebelum ini secara automatik akan dimasukkan di dalam sistem BTR.

Permohonan baru mungkin akan dibuka bagi mereka yang bukan penerima bantuan kewangan sebelum ini. Segala maklumat terbaru berkenaan bantuan tunai rakyat akan kami kemaskini dari semasa ke semasa.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan tunai rakyat ini, terdapat pelbagai jenis insiatif khususnya berbentuk kewangan yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan pada tahun ini. Kerajaan persekutuan dan negeri lebih memfokuskan kepada golongan sasar iaitu B40 dan miskin tegar.

Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang mungkin berkelayakan untuk anda dapatkan di laman utama – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button