BANTUANJKMKerajaan

Senarai Bantuan Khas Dibayar Pada Februari 2023

Senarai bantuan khas yang akan dibayar pada bulan ini (Februari) 2023 untuk rakyat Malaysia yang berkelayakan menerima. Untuk sedia maklum, terdapat pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan tunai yang akan diberikan sepanjang bulan ini.

SENARAI BANTUAN KHAS 

Pihak kerajaan telah menyediakan jenis bantuan yang boleh dimohon dan didapatkan oleh mereka yang berkelayakan memerlukan. Antaranya adalah bantuan Sumbangan tunai rahmah (STR), Bantuan awal persekolahan (BAP), Bantuan anak pelihara JKM, bantuan musim tengkujuh (BMT) dan pelbagai lagi.

Ada bantuan yang telah dibayar pada bulan januari seperti BAP dan STR. Pada bulan Ferbuari, ada beberapa bayaran bantuan yang akan diagihkan. Senarai bantuan yang akan dibayar pada bulan ini telah disediakan seperti dibawah.

BMT FASA 2

Untuk sedia maklum, pemberian bantuan musim tengkujuh BMT telah diumumkan. Kadar bayaran yang diberikan adalah berjumlah RM800 untuk setiap penerima yang layak. Pembayaran dijalankan secara FASA (berperingkat) iaitu fasa 1 RM300 (Januari) fasa 2 RM300 (Februari) dan fasa 3 RM200 (Mac) tahun 2023.

Ini bermakna, pembayaran BMT fasa 2 akan diberikan pada bulan ini. Untuk semakan senarai penerima bantuan musim tengkujuh ini, sila layari portal rasmi BMT RISDA – DI SINI

BANTUAN BULANAN JKM

Pihak kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah merupakan agensi yang menyediakan pelbagai jenis bantuan yang meliputi semua kategori. Untuk makluman, bayaran bantuan bulanan dari JKM akan dibayar pada 1-10 hari bulan (setiap bulan) kepada mereka yang berkelayakan.

Antara bantuan yang disediakan adalah bantuan AM yang melibatkan kadar bantuan sebanyak RM100 sehingga RM350 sebulan. Bantuan kanak-kanak yang melibatkan kadar bantuan sebanyak RM150 sehingga RM1,000 sebulan.

Insentif anak pelihara untuk mereka yang kurang bernasib baik dari segi kewangan. Insentif ini melibatkan kadar bayaran sebanyak RM250 hingga RM500 sebulan. Untuk anda semak syarat kelayakan dan permohonan baru bantuan JKM, sila layari portal rasmi eBantuan JKM – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak inisiatif berbentuk program bantuan tunai yang telah disediakan sepanjang tahun ini. Sekiranya anda terlepas pandang, sila semak bantuan yang ada pada tahun ini yang layak untuk anda mohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button