BANTUANBWEWarga Emas

Cara Mohon Bantuan BWE Berjumlah RM500

Cara mohon bantuan BWE berjumlah RM500 untuk golongan yang memerlukan pada tahun ini, kadar bantuan diberikan setiap bulan pada yang layak. Untuk makluman umum, bantuan khas BWE ini telah diselia sepenuhnya oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

BANTUAN BWE 2023

Untuk sedia maklum, bantuan khas ini telah diperkenalkan pada tahun sebelum ini. Atas dasar keprihatinan kerajaan, bantuan BWE ini masih diteruskan pada tahun ini untuk golongan yang berkelayakan untuk dibantu.

Bantuan Warga Emas (BWE) ini adalah merupakan sebuah bantuan tunai yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang terdiri dari golongan orang tua atau warga emas terutama berstatus miskin tegar. Tujuan utama perlaksanaan inisiatif ini bagi memastikan kelangsungan serta kesejahhteraan hidup golongan tersebut.

KADAR BANTUAN BWE

Kadar yang diberikan kepada pemohon yang layak adalah sebanyak RM500 dan akan diberikan secara bulanan.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Berikut telah dikongsikan maklumat berkenaan kriteria syarat kelayakan bagi permohonan bantuan BWE RM500 ini seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia yang bermastautin di negara ini
  • Pemohon merupakan warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi pendapatan garis kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa dan purata miskin per kapita semasa
  • Inidividu warga emas yang bukan menetap di mana-mana institusi kendalian JKM
  • Tidak tinggal di pusat jagaan harian (kediaman yang memberikan kemudahan perkhidmatan secara percuma)

CARA MOHON BANTUAN BWE

Kepada yang berkelayakan, permohonan boleh dilakukan sepanjang tahun ini. Sila layari portal rasmi BWE JKM – DI SINI

Pemohon boleh semak dengan teliti berkenaan dokumen yang diperlukan dan borang permohonan boleh dimuat turun. Cara mohon bantuan BWE telah disediakan lengkap di laman rasmi JKM yang disediakan diatas.

Nota : Perlaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan senarai bersama (Concurrent List) antara pihak kerajaan persekutuan dan negeri. Termaktub dalam peruntukan perlembagaan persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – Jadual kesembilan senarai perundangan.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan warga emas ini, terdapat 10 lagi bantuan yang disediakan oleh pihak JKM melalui skim bantuan kebajikan. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan semasa.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button