BANTUANGAM

Cara Memohon Bantuan Geran Agropreneur Muda RM 20,000 Bagi Para Peniaga

Pada tahun 2022, terdapat pelbagai bantuan khususnya berbentuk kewangan diperkenal dan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Mahupun Negara bagi membantu rakyat yang memerlukan dan meringankan kos pembelanjaan pada tahun ini.

Salah satu bantuan yang telah diperkenalkan ialah Bantuan Geran Agropreneur Muda atau lebih dikenali sebagai GAM.

Pengenalan Bantuan GAM 

Program GAM adalah merupakan bantuan dari pihak Kerajaan kepada agropreneur muda bagi membantu mereka meminimakan kos kos kewangan dalam sebuah perniagaan.

Bantuan GAM akan diberikan secara dalam bentuk barangan dengan jumlah nilai maksima sebanyak RM 20,000 setiap individu yang layak. Untuk makluman, segala bantuan yang diberikan tidak perlu dibayar kembali.

Kepada individu yang sudah menjalani projek perniagaan kurang dari tempoh setahun dan masih belum mencapai sasaran pengeluaran secara optimum, bantuan sokongan teknikal daripada Jabatan atau Agensi pembimbing di bawah seliaan MAFI akan diberikan. Permohonan boleh dipertimbangkan untuk dikecualikan dari mengikuti program latihan teknikal ini.

Syarat Kelayakan
  • Wajib berstatus Warganegara Malaysia
  • Individu boleh membaca, menulis dan mengira
  • Individu yang menepati syarat had umur iaitu 18 hingga 40 tahun
  • Individu yang mempunyai Sijil / Ijazah / Diploma dari mana-mana institusi pendidikan yang di iktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Individu yang baru memulakan projek harus mengikuti program latihan teknikal yang dianjurkan oleh pihak Agensi atau Jabatan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Malaysia (MAFI)
  • Individu yang berpendapatan bulanan semasa kurang dari RM 5,000 sebulan
  • Bantuan ini diutamakan kepada individu yang mempunyai kemudahan premis atau tanah sedia ada / sendiri
Cara Membuat Permohonan

Jika anda memenuhi syarat kelayakan dan ingin membuat permohonan bantuan geran ini boleh dibuat melalui di Pejabat Agensi / Jabatan Daerah di bawah seliaan MAFI atau Negeri. Sila sediakan dan lengkapkan dokumen seperti di bawah :

  • Sediakan salinan kad pengenalan dan borang pendaftaran UAM yang disahkan Pegawai Jabatan atau Agensi dan gambar berukuran passport Rujuk lampiran 1
  • Sediakan kertas rancangan perniagaan yang lengkap – Rujuk lampiran 2
  • Sediakan senarai cadangan barangan yang dinyatakan pada borang pendaftaran UAM – Di lampiran 1
  • Sediakan borang permohonan biayaan Agrobank atau TEKUN Nasional – Kepada permohonan kategori pembiayaan
  • Sediakan salinan Sijil / Ijazah / Diploma yamg telah diiktiraf oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia atau Institusi Latihan dibawah seliaan MAFI

Borang borang berkenaan anda boleh muat turun (Download) di Pautan Rasmi MAFI – KLIK DISINI

Maklumat Lanjut

Jika anda inginmengetahui lebih lanjut berkenaan senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda memohon, sila ke laman utama yang telah disediakan – DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button