BANTUANRUMAH

SPRN : Panduan Mohon Rumah Mampu Milik Golongan B40 Tahun 2022 0nline

Untuk makluman umum, pada tahun sebelum sehingga tahun ini (2022) bagi golongan B40 masih boleh memohon permohonan rumah mampu milik seperti MyHome, Rumah Transit dan PPR. Anda bole membuat permohonan terus pada bila-bila masa melalui Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) secara online

Anda juga boleh menggunakan portal TEDUH kerana Portal tersebut ialah bertujuaan untuk berkongsi maklumat tentang berkenaan dengan program-program dan projek-projek perumahan swasta dan perumahan awam di dalam Negara. Contoh salah satu fungsi dalam Portal TEDUH yang anda boleh gunakan ialah Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) yang bertindak sebagai pintu one stop centre bagi pemohon warganegara Malaysia yang ingin memohon Program Perumahan di bawah jagaan Jabatan Perumahan Negara ( KPKT)

Cara Pendaftaran Secara Online SPRN
  • Cara untuk mendaftar SPRN boleh di buat lalui laman rasmi SPRN DAFTAR AKAUN
  • Sila tekan klik ” Daftar Akaun”
  • Lengkapkan maklumat yang diminta seperti masukkan nombor kad pengenalan, nama dan alamat e-mel semasa yang digunakan anda
  • Akhir sekali tekan klik “Daftar” dan membuat pengesahan dengan cara menyemak e-mel anda

Cara Mohon Skim Rumah Mampu Milik

Cara permohonan Rumah Mampu milik ini hanya boleh dibuat secara atas talian sahaja (online) Pihak KPKT telah memaklumkan bahawa sebarang permohonan secara manual (offline) tidak akan diterima sama sekali oleh Pihak SPRN.

Proses Permohonan

  1. DaftarAkaun
  • Anda wajib lakukan pendaftaran masuk akaun menerusi laman di SINI
  • Sila masukan maklumat anda seperti nombor kad pengelan (IC) , nama dan e-mel semasa anda
  • tekan klik “Daftar”

2. Lakukan Pengesahan

  • Anda/ pemohon akan terima pengesahan pendaftaran akaun skim perumahan mampu milik secara e-mel bagi tujuan pengaktifan akaun yang telah anda dartarkan
  • Anda/Pemohon perlu pastikan klik pautan yang betul bewarna biru untuk pengaktifan akaun dan tetapkan kata lalun masuk akaun anda
  • Sila masukan tetapan kata lauan dan anda wajib pastikan ruangan ‘kata laluan’ adalah sama dengan ruangan ‘pengesahan kata laluan’ anda
  • Akhir sekali tekan klik butang ‘simpan’

3. Log Masuk Akaun

Sila masukan kata laluan dan nombor kad pengenalan anda yamg telah di set pada ruangan. Seterusnya, sila log masuk akaun anda

NOTA : Anda boleh pilih mana-mana Skim Perumahan yanh tertera di dalam portal

4. Maklumat Pemohon 

  • Sila masuk pada pautan “maklumat pemohon”
  • Anda perlu lengkapkan maklumat pemohon yang diminta dan tekan butang SIMPAN

5. Lengkapkan Dokumen Sokongan

Sila muat naik dokumen sokongan permohonan di ruangan disediakan

6. Pengesahan 

Akhir sekali, selepas anda membuat semakan semua yang telah anda diisi, anda klik pautan pengesahan untuk menghantar permohonan tersebut

Sebarang Pertanyaan

Jika anda ada sebarang pertanyaan ata kemuskilan anda boleh terus hubungi di talian :

Telefon : 03 8891 4200 / 03 8891 4475

e-mel : [email protected]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button