BANTUANFasa 4STR

STR Fasa Terakhir : Semakan Jumlah Bayaran Mengikut Kategori

STR Fasa terakhir yang dijadualkan akan mula dibayar pada bulan November nanti hanya akan melibatkan 2 kategori sahaja. Bagi pengetahuan umum, pemberian Sumbangan Tunai Rahmah hanya berbaki 1 lagi fasa pembayaran.

STR FASA TERAKHIR

Program inisiatif berbentuk bantuan kewangan STR ini telah diperkenalkan pada sidang Belanjawan 2023. Bayaran bagi STR fasa 1 hingga fasa 3 telah selesai dikreditkan pada bulan Januari, April dan Jun lalu.

Kini hanya tinggal satu saja lagi pembayaran yang akan diberikan pada STR fasa terakhir iaitu (fasa 4) yang dijadualkan pada bulan November. Untuk informasi, kategori bujang tidak akan menerima sebarang bayaran pada fasa ke 4 nanti.

JUMLAH BAYARAN MENGIKUT KATEGORI

Untuk makluman, ini adalah kadar jumlah bayaran yang akan diterima mengikut kategori bagi STR fasa terahir (4) seperti di bawah :

KATEGORI ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN RM5,000 KE BAWAH)

  1. Tiada anak : RM0
  2. Mempunyai (1-2) anak : RM0
  3. Mempunyai (3-4) anak : RM300
  4. Mempunyai (5 dan lebih) anak : RM500

ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN RM2,500 KE BAWAH)

  1. Tiada anak : RM200
  2. Mempunyai (1-2) anak : RM600
  3. Mempunyai (3-4) anak : RM900
  4. Mempunyai (5 dan lebih) anak : RM1,200

WARGA EMAS SEBATANG KARA (60 TAHUN KE ATAS)

  • RM200 seorang

Info : Hanya kategori di atas akan menerima bayaran, untuk kategori bujang tidak akan terlibat bagi pembayaran STR fasa terakhir nanti.

STR TAMBAHAN 

Kepada penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah bagi kategori isi rumah yang berstatus miskin tegar melalai data ekasih. Mereka layak menerima insentif tambahan (SARA) Sumbangan Asas Rahmah bernilai RM600.

Inisiatif tambahan ini adalah dalam bentuk bantuan bakul dan baucar makanan asas. Kepada penerima yang layak akan dikreditkan secara automatik RM100 bermula Julai sehingga Disember 2023.

SEMAKAN STATUS BAYARAN

Kepada penerima bantuan tunai STR, anda boleh membuat pengemaskinian maklumat atau semakan status bayaran. Sepanjang bulan Julai, permohonan rayuan STR dan kemaskini dibuka dan untuk semakan sila layari laman rasmi bantuan tunai MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kerajaan persekutuan dan negeri telah menyediakan pelbagai inisiatif berbentuk bantuan yang ditawarkan kepada rakyat yang memerlukan pada tahun ini. Sila semak senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button