BANTUANSTRSTR Tambahan

Tarikh Bayaran STR Tambahan Sebanyak RM600

Tarikh bayaran STR tambahan sebanyak RM600 telah diumumkan oleh pihak kerajaan dan akan diberikan secara berperingkat kepada penerima yang layak. Bagi pengetahuan umum, pemberian sumbangan tunai rahmah (STR) telah diperkenalkan pada tahun ini.

BANTUAN TUNAI STR 2023

Pada sidang Belanjawan 2023, Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan beberapa tambahan maklumat berkenaan inisiatif bantuan STR. Untuk makluman, penerima STR berdasarkan maklumat BKM 2022.

Kepada kategori penerima STR 2023 terbahagi kepada 3 iaitu isi rumah, bujang dan warga emas. Kadar bantuan yang diterima adalah berbeza bergantung kelayakan penerima. Kadar maksimum yang disediakan dalam bantuan STR adalah sebanyak RM2,500 yang diberikan kepada kategori isi rumah sahaja.

STR TAMBAHAN

Untuk makluman, kerajaan telah bersetuju menawarkan bayaran tambahan kepada mereka yang memerlukan yang terdiri daripada golongan miskin tegar. Jumlah bayaran STR tambahan adalah bernilai RM600 dalam bentuk bantuan bakul dan baucar makanan asas.

Pemberian bantuan tambahan ini diberikan secara berperingkat. Tarikh bayaran STR tambahan adalah seperti berikut :

  • RM100 : Julai 2023
  • RM100 : Ogos 2023
  • RM100 : September 2023
  • RM100 : Oktober 2023
  • RM100 : November 2023
  • RM100 : Disember 2023

Jadual tarikh STR tambahan diberikan selama 6 bulan berturut-turut dengan jumlah yang sama. Ini bermakna kepada keluarga yang berkelayakan akan menerima bantuan STR tambahan akan menerima jumlah keseluruhan sebanyak RM3100.

SEMAKAN KEMASKINI & PENDAFTARAN BARU

Kepada mereka yang ingin membuat semakan sama ada layak menerima inisiatif STR tambahan ini atau tidak, sila layari laman rasmi e-kasih – DI SINI

Bantuan tambahan STR RM600 diberikan kepada golongan miskin tegar yang ada dalam maklumat data e-kasih. Bagi penerima sedia atau pemohon baru, anda boleh membuat kemaskini sebelum tarikh tutup 31 Mac 2023.

Untuk kemaskini maklumat asas atau daftar baru, sila layari portal rasmi MySTR – DI SINI kepada penerima anda disarankan untuk membuat pengemaskinian sebelum pembayaran STR fasa 2.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada tarikh bayaran STR tambahan, terdapat pelbagai jenis bantuan yang telah dilancarkan pada tahun 2023. Kepada anda yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button