BANTUANKerajaan

Senarai Bantuan Kewangan Bulan Disember Sehingga RM1200

Senarai bantuan kewangan pada bulan Disember 2022 untuk mereka yang berkelayakan dan memerlukan. Terdapat pelbagai jenis inisiatif khususnya bantuan berbentuk tunai disediakan pada akhir tahun ini oleh pihak kerajaan persekutuan mahupun negeri.

Di halaman kali ini, dikongksikan senarai bantuan kewangan yang ada pada bulan ini yang masih boleh didapatkan anda jika berkelayakan. Senarai bantuan adalah seperti dibawah.

BANTUAN BAUCAR SAVE 3.0

Untuk makluman, bantuan baucar percuma sehingga RM400 ini dibuka sepanjang tahun ini. Tarikh permohonan bermula 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022. Program bantuan ini terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja.

Baucar percuma RM400 ini diberikan kepada rakyat Malaysia yang ingin membeli barangan peralatan eletrik yang mempunyai 4 atau 5 bintang jimat tenaga. Jika anda ingin tebus bantuan ini, sila rujuk dibawah :

  • Tebus bantuan baucar SAVE Shopee – DI SINI
  • Tebus bantuan baucar SAVE Lazada – DI SINI
  • Bantuan baucar percuma ini hanya boleh ditebus sekali sahaja, sila pilih salah satu.

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH

Program bantuan BMT ini diberikan sebanyak RM600 kepada mereka yang berkelayakan bagi menghadapi musim tengkujuh pada hujung tahun 2022. Untuk sedia maklum, bantuan khas ini disediakan oleh pihak RISDA bagi membantu golongan sasar terutama pekebun kecil.

Bayaran disalurkan melalui 2 fasa iaitu pada November RM300 dan Disember RM300. Untuk semak maklumat penuh berkenaan bantuan BMT ini, sila ke laman rasmi RISDA – DI SINI

BANTUAN KEWANGAN NEGERI

Untuk pengetahuan umum, pihak kerajaan negeri Pulau Pinang telah setuju meluluskan bantuan khas kewangan sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,200. Insentif ini diberikan kepada kumpulan kakitangan awam dibawah negeri Pulau Pinang.

Insentif kewangan ini melibatkan hampir 4 ribu penjawat awam negeri pulau pinang dengan implikasi wang berjumlah RM6.13 juta pada bulan ini.

INFO LANJUT

Penghujung tahun ini, masih terdapat inisiatif khususnya bantuan berbentuk tunai yang masih disediakan oleh pihak kerajaan negeri dan persekutuan. Program ini masih disediakan bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat yang kurang bernasib baik dari segi kewangan.

Jika anda terlepas pandang, anda boleh semak senarai bantuan yang masih ada dan berkelayakan untuk anda mohon di laman utama – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button