BANTUANFasa 4KerajaanSTR

Bantuan Tunai Sehingga RM1200 : Dikreditkan Untuk Kategori B40

Bantuan tunai sehingga RM1200 akan dikreditkan untuk kategori isi rumah dalam golongan B40 bagi pembayaran STR fasa akhir. Untuk sedia maklum, pembayaran kali terakhir Sumbangan Tunai Rahmah dijadualkan akan diagihkan pada bulan November 2023.

PROGRAM INISIATIF STR 

Seperti sedia maklum, pihak kerajaan perpaduan pada tahun ini telah memperkenalkan sebuah pemberian bantuan kewangan yang dikenali sebagai STR. Program khas ini diberikan kepada mereka yang terdiri daripada golongan B40 dan M40.

Kadar jumlah bantuan yang ditawarkan adalah sehingga RM2,500 dan jumlah bergantung kepada kategori kelayakan dan bilangan tanggungan anak. Manakala bagi penerima sedia ada STR yang berstatus miskin tegar akan menerima insentif tambahan SARa bernilai RM600.

BANTUAN TUNAI SEHINGGA RM1200

Untuk makluman, pembayaran bagi STR fasa pertama sehingga fasa ketiga telahpun selesai dibayar pada bulan Januari, April dan Jun lalu. Kini hanya tinggal satu saja lagi bayaran iaitu fasa 4 yang dijadualkan pada November nanti.

Pemberian STR fasa 4, bantuan tunai sehingga RM1200 akan diberikan kepada penerima sedia ada STR bagi kategori isi rumah berpendapatan RM2,500 kebawah (B40). Di bawah telah disediakan kadar jumlah penuh bayaran bagi fasa keempat mengikut kategori.

JUMLAH BAYARAN MENGIKUT KATEGORI

KATEGORI ISI RUMAH B40 (KELUARGA) PENDAPATAN DI BAWAH RM2,500 SEBULAN

  • Tiada anak : RM200
  • Mempunyai (1-2) anak : RM600
  • Mempunyai (3-4) anak : RM900
  • Mempunyai (5 atau lebih) anak : RM1200

ISI RUMAH M40 (KELUARGA) PENDAPATAN DIBAWAH RM5,000 SEBULAN

  • Tiada anak : Tiada bayaran (RM0)
  • Mempunyai (1-2) anak : Tiada bayaran (RM0)
  • Mempunyai (3-4) anak : RM300
  • Mempunyai (5 atau lebih) anak : RM500

KATEGORI WARGA EMAS & BUJANG

  • Warga emas sebatang kara : RM200 seorang
  • Bujang (21 – 59 tahun) : Tiada bayaran (RM0)

SEMAKAN RAYUAN STR

Kepada penerima sedia ada boleh membuat kemaskini semakan status STR dan kepada yang berstatus ‘Tidak Lulus’ pada fasa 3 lalu. Anda masih boleh membuat permohonan rayuan STR sebelum tarikh tutup 31 Julai 2023.

Untuk semakan status dan kemaskini permohonan rayuan, sila layari laman web rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang telah disediakan oleh kerajaan perpaduan pada tahun ini. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk kalian dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button