BANTUANMySTRMySTR 2024Permohonan

MySTR 2024 : Permohonan Baharu Kini Dibuka Kepada Rakyat

MySTR 2024 : Permohonan Baharu ini dibuka bermula 1 November dan boleh dikemukakan secara dalam talian. Untuk makluman, STR adalah merupakan salah satu inisiatif yang melibatkan peruntukan terbesar dari segi pemberian bantuan rakyat.

MYSTR 2024 : PERMOHONAN BAHARU

Atas dasar keprihatian kerajaan perpaduan, pemberian Sumbangan Tunai Rahmah atau lebih dikenali sebagai STR ini akan terus dilaksanaan pada tahun hadapan. Dengan lebih penelitian, kerajaan telah mula membuka permohonan baharu bagi sesi 2024 nanti.

Bermula hari ini (1 November 2023) mereka yang tidak layak atau bukan penerima STR, kini boleh mengemukakan permohonan bagi mendapatkan manfaat STR pada tahun hadapan. Dengan adanya insentif istimewa seperti ini dapat sedikit sebanyak membantu meringankan beban rakyat yang terjejas.

KADAR BAHARU MYSTR 2024

Berita gembira untuk rakyat, kadar baharu Sumbangan Tunai Rahmah bagi tahun depan telahpun diumumkan pada sidang Belanjawan 2024. Apa yang menarik adalah jumlah kadar telah ditingkatkan daripada RM3,100 tahun 2023 kepada RM3,700 tahun hadapan.

Jumlah bayaran akan ditetapkan mengikut kategori kelayakan dan bilangan tangunggan anak setiap isi rumah. Kadar pemberian bagi kategori belia bujang akan dinaikkan daripada sebelum ini iaitu RM350 kepada RM500.

Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan bahawa bayaran bagi Fasa pertama STR tahun hadapan akan dibayar sebelum raya puasa. Dijangkakan akan mula disalurkan pada bulan Februari 2024, kadar bayaran fasa 1 dinaikkan sehingga RM500 bagi kategori isi rumah.

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN BAHARU MYSTR 2024

Untuk mengemaskini maklumat dan permohonan baharu bantuan Sumbangan Tunai Rahmah, anda boleh kemukakan secara online. Panduan lengkap cara mohon telah disediakan, sila layari laman rasmi MySTR – KLIK DISINI

Bagi memudahkan urusan semakan permohonan, individu perlu sertakan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan. Semua yang diminta sudah dimaklumkan pada borang dalam laman web mystr yang disediakan diatas.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan persekutuan dan negeri telah menawarkan lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk maklumat lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button