Untuk sedia maklum, bantuan AM Persekutuan adalah sebuah bantuan yang berada di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang bertujuan menjaga kebajikan golongan sasar di negara Malaysia.
Bantuan ini terhad kepada golongan yang memerlukan terutama golongan miskin. Anda boleh semak kelayakan, sekiranya layak mohon, disarankan untuk mendapatkan insentif bantuan ini bagi membantu meringankan beban.
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2022
- Pemohon bukan penerima bantuan JKM sebelum ini.
KADAR BANTUAN
Untuk makluman, bantuan kewangan ini diberikan setiap bulan pada kadar RM 100 – RM 350 sebulan bergantung kepada kategori kelayakan pemohon.
PANDUAN PERMOHONAN
- Sila muat turun borang JKM 18 – DI SINI
- Sila isi dengan lengkap maklumat pada borang permohonan
- Lampirkan dokumen sokongan berkaitan
- Hantar borang permohonan tersebut ke pejabat JKM berhanpiran.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
- Salinan Kad Pengenalan pemohon
- Salinan kad pengenalan suami/ isteri/ ibubapa/ anak yang tinggal bersama
- Salinan sijil lahir anak dan ahli keluarga yang tingga bersama
- Salinan penyata gaji sekiranya ada dan mana-mana dokumen sokongan berkaitan.
MAKLUMAT LANJUT
Pada tahun 2022, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan khususnya berbentuk kewangan kepada merekan yang berkelayakan memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini, sila ke laman utama yang telah disedikan – DI SINI