BANTUANBWEJKMWarga Emas

BWE : Bantuan RM500 Sebulan Ditawarkan Kepada Memerlukan

BWE : Bantuan RM500 Sebulan adalah merupakan sebuah inisiatif khas yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia. Bagi mereka yang memerlukan dan berkelayakan boleh memohon bantuan bulanan istimewa ini.

BWE : BANTUAN RM500 SEBULAN

Untuk makluman, pihak Jabatan Kebajikan Masyarat telah memperkenalkan sebuah inisiatif berbentuk bantuan yang dikenali sebagai BWE. Bantuan warga emas ini adalah merupakan insentif yang tersedia dalam skim bantuan kebajikan yang boleh dimohon oleh rakyat yang memerlukan.

Perlaksanaan program khas BWE ini adalah bagi membantu meringankan beban kewangan kumpulan warga emas yang kurang bernasib baik dan memerlukan. Menerusi inisiatif ini, kepada pemohon yang layak akan menerima bantuan berjumlah RM500 sebulan secara automatik.

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN BWE RM500

Pihak berwajib telah menetapkan beberapa syarat kelayakan bagi pemohonan bantuan khas ini seperti berikut :

  1. Wargaengara Malaysia
  2. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi pendapatan garis kemiskinan (PGK), purata miskin isi rumah semasa atau purata miskin perkapita semasa
  3. Kumpulan Warga emas
  4. Berumur 60 tahun dan ke atas
  5. Pemohon tidak tinggal di institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian yang menyediakan perkhidmatan kemudahan secara percuma

Nota : Perlaksanaan semua bantuan kebajikan adalah selaras dengan senarai bersama (Concurrent List) antara kerajaan persekutuan dan negeri. Perkara ini telah termaktub dalam peruntukan perlembagaan persekutuan Malaysia dibawah senarai 3 jadual kesembilan senarai perundangan.

TARIKH PERLAKSANAAN BWE RM500

Kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan, tarikh permohonan bantuan khas BWE dibuka sepanjang tahun ini. Permohonan boleh dikemukakan pada bila-bila masa dengan menepati syarat yang ditetapkan.

CARA DAFTAR PERMOHONAN

Untuk rakyat Malaysia yang merupakan warga emas atau mengenali ahli keluarga yang merupakan warga emas memerlukan, permohonan boleh dikemukakan sekarang. Panduan cara daftar permohonan bantuan BWE telah disediakan, sila ke laman rasmi eBantuan JKM – DI SINI

Bagi memudahan urusan semakan permohoan dilakukan, individu perlu sediakan dokumen-dokumen penting yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan. Untuk rujukan penuh maklumat bantuan JKM ini, sila cek di laman rasmi yang disediakan.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan yang ditawarkan oleh kerajaan kepada rakyat yang terjejas dan memerlukan. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk maklumat lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button