BANTUANBMTRISDA

Semakan Program Bantuan Kewangan RM 600 Telah Dibuka

Pada tahun ini pelbagai jenis inisiatif khususnya berbentuk kewangan telah diperkenalkan oleh Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Salah satu program bantuan yang boleh anda semak adalah Insentif Bantuan Musim Tengkujuh atau lebih dikenali sebagai BMT 2022 sebanyak RM 600.

BMT RM 600

Untuk makluman, Program bantuan BMT ini telah diperkenalkan oleh agensi kerajaan iaitu dari pihak RISDA. Bantuan ini lebih mensasarkan kepada golongan yang memerlukan pada tahun ini. Anda boleh membuat semakan berkenaan kelayakan bagi permohonan bantuan BMT ini seperti telah disediakan di halaman berikut.

Kadar Bantuan

Untuk sedia maklum, bayaran BMT akan melibatkan 2 fasa iaitu pada bulan November 2022 dan Disember 2022 sebanyak RM 300 bagi setiap fasa yang mana penerima yang layak akan menerima jumlah sebanyak RM 600.

Panduan Permohonan

Jika anda berkelayakan, anda boleh membuat permohonan secara online. Sila layari laman Portal Rasmi BMT RISDA – DI SINI

Sila rujuk panduan dan ikuti arahan yang telah disediakan sehingga selesai.

Syarat Kelayakan

  • Pemohon wajib berstatus Warganegara Malaysia yang sah
  • Seorang penerima hanya layak menerima bantuan ini sekali sahaja
  • Merupakan pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA
  • Merupakan pemilik tanah yang sah bagi pemilik pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi penoreh bukan pemilik
  • Memiliki Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah -Bagi penoreh getah bukan pemilik sahaja.

Dokumen Yang Diperlukan

Bagi pemohon Pekebun Kecil yang menyertai program tanam semula RISDA atau bukan di bawah mana mana cawangan agensi haruslah menyertakan dokumen sokongan seperti berikut :

  • Geran tanah asal dan salinan
  • Kad pengenalan pemohon dan salinan
  • Sediakan salinan buku akaun Bank yang masih aktif

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih dalam berkenaan BMT RM 600 ini, sila rujuk di laman rasmi Pekebun Kecil Makmur – DI SINI

Maklumat Lanjut

Selain daripada bantuan BMT ini, terdapat bantuan lain yang telah dilaksanakan pada tahun ini lebih-lebih lagi melibatkan bantuan tunai bagi meringankan beban pembelanjaan Keluarga Malaysia pada tahun ini. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun 2022 yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button