BANTUANKISS

Program Skim Bantuan Untuk B40 RM 200 Setiap Bulan

Untuk sedia maklum, pada masa kini bantuan berbentuk kewangan amat penting bagi sesetengah golongan keluarga Malaysia. Dengan adanya bantuan dari pihak Kerajaan dapat membantu mengurangkan beban kos sara hidup serta pembelanjaan pada tahun ini.

Pelbagai jenis inisiatif khususnya bantuan berbentuk tunai telah diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan , kerajaan negeri mahupun pihak Yayasan pada tahun ini. Salah satu pakej program skim bantuan yang telah diperkenalkan adalah Bantuan KISS RM 200. Di halaman bawah telah disediakan butiran berkenaan program bantuan terebut.

Skim Bantuan KISS RM 200

Mengikut statistik data, ramai yang terlepas pandang berkenaan adanya bantuan KISS ini. Melalui skim bantuan KISS ini, jika anda layak menerima anda akan dapat bantuan RM 200 bagi setiap bulan.

Faedah Dan Manfaat KISS 

  • Kepada penerima yang layak akan mendapatkan kad KISS
  • Kad KISS tersebut boleh digunakan di pasaraya dan kedai yang berdaftar
  • Pembelian barangan keperluan asas ialah terhad sebanyak RM 200 sebulan
  • Segala urus niaga pembelian barangan keperluan asas adalah secara tanpa tunai – Cashless
  • Kad KISS tersebut akan ditambah nilai RM 200 untuk setiap bulan secara automatik

Peringatan : Baki nilai bagi bulan tersebut jika anda tidak menggunakan, nilai tidak akan dibawa ke bulan hadapan.

Cara Mohon Bantuan KISS

Sekiranya anda berminat dan menepati syarat kelayakan, anda boleh membuat permohonan secara online (Atas talian) di Portal Rasmi KISS – DI SINI

Sila klik pada permohonan online dan ikuti arahan permohonan sehingga selesai. Anda boleh membuat semakan sekiranya anda layak di laman rasmi KISS tersebut.

Syarat Kelayakan KISS

  • Pemohon wajib berstatus warganegara Malaysia yang sah
  • Pendapatan bulanan semasa isi rumah RM 2,000 dan ke bawah
  • Berdaftar sebagai pemohon bantuan BSH di bawah kategori pendapatan RM 2,000 kebawah atau tersenarai sebagai golongan miskin tegar atau miskin di pengkalan data eKasih
  • Merupakan wanita berkeluarga – Status berkahwin atau ibu tunggal (mempunyai anak di bawah 18 tahun ke bawah / 21 tahun kebawah yang masih menuntut pengajian tinggi
  • Merupakan pemilih berdaftar di negeri Selangor
  • Individu yang lahir di negeri Selangor atau sudah menetap di Selangor melebihi 10 tahun.

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022, selain dari insenti bantuan KISS ini terdapat lebih lagi bantuan khususnya berbentuk kewangan yang boleh anda dapati. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button