BANTUANPerantiSiswa

TERKINI ~ Semakan Cara Mohon Bantuan Tablet Percuma Untuk Golongan B40

Terbaharu, Pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau lebih dikenali sebagai K-KOMM telah memutuskan untuk membuka permohonan Peranti Siswa Keluarga Malaysia bermula pada tarikh 1 Ogos sehingga 30 September 2022.

Tan Sri Annuar Musa selaku Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah mengumumkan pada sidang media khas berkenaan bantuan peranti siswa ini dan tarikh penerimaan bantuan ini juga telah dihebahkan melalui sidang media tersebut.

Tarikh Pendaftaran Permohonan

Bagi tempoh pendaftaran permohonan pakej bantuan tablet ini bermula 1 Ogos sehingga 30 September 2022 melalui laman rasmi Perantisiswa – DI SINI

Permohonan pakej bantuan perantiSiswa ini telah dibuka bagi fasa kedua tahun 2022 yang melibatkan pelajar IPG dan Kolej Matrikulasi dibawah KPM.

Syarat Kelayakan

Permohonan bantuan ini adalah terbuka kepada Mahasiswa IPT yang berada dalam kelompok golongan keluarga B40 iaitu golongan keluarga yang mempunyai pendapatan bulanan purata dibawah RM 4,900 sebulan.

Semua mahasiswa dalam golongan keluarga B40 yang belajar di peringkat pengajian diploma, ijazah sarjana muda dari universiti awam, kolej komuniti, politeknik dan institusi IPTS di bawah Kementerian Pengajian Tinggi KPT.

Cara Daftar Permohonan

Permohonan telah dibuka secara online, untuk sebarang pendaftaran permohonan, sila layari Portal Rasmi Perantisiswa – DI SINI , Sila ikuti arahan permohonan sehingga selesai.

Jadual Penerimaan Peranti

Kepada penerima yang layak akan mendapatkan peranti / tablet percuma dan akan diberikan melalui 2 Fasa seperti berikut:

  • FASA 1 – Bermula penghujung bulan Ogos / September 2022
  • FASA 2 – Bermula bulan Oktober / November 2022

Pihak IPT akan diberikan maklumat lanjut berkenaan jadual pemberian dari pihak K-KOMM dan KPT untuk kelancaran proses perlaksanaan inisiatif ini.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan pakej bantuan perantisiswa ini, sila hantar e-mel ke [email protected] atau hubungi talian khas dibawah.

  • 03 8911 5258
  • 03 8911 5351
  • 03 8911 5265
  • 03 8911 5188

Wakto operasi : 8 pagi sehingga 6 petang (Hari Isnin hingga Jumaat) kecuali hari perlepasan AM.

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022, pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis bantuan khususnya berbentuk tunai bagi membantu mereka yang berkelayakan memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang layak untuk anda dapatkan, sila ke Laman Utama – KLIK DI SINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button