BANTUANKerajaan

RASMI ~ Kerajaan Umum Bantuan Tunai Khas Merdeka RM 700

Bantuan Kewangan Khas Merdeka

Untuk sedia maklum, bersempena dengan sambutan hari kebangsaan yang ke 65 tahun 2022, pihak kerajaan telah mengumumkan bantuan tunai merdeka berjumlah RM 350 dan RM 700 kepada rakyat Malaysia.

Pihak kerajaan menyatakan hari ini akan meneruskan bantuan khas kewangan (BKK) sehingga RM 700 kepada rakyat Malaysia yang membabitkan seramai 1.3 juta kakitangan dan RM 350 kepada pesara dan veteran kerajaan yang tidak pencen. Bantuan ini bertujaan sebagai saguhati sumbangan bagi perkhidmatan yang telah dilaksanakan.

Kadar Bayaran BKK Merdeka

  • RM 350 bagi veteran dan pesara yang tidak pencen
  • RM 700 bagi kakitangan anggota perkhidmatan awam

Jadual bayaran BKK Merdeka disalurkan

Menerusi kenyataan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembayaran BKK akan diberikan bermula Januari depan (2023).

“Bantuan Khas Kewangan ini akan dikreditkan pada januari tahun 2023 kepada anggota perkhidmatan awam gred 56 dan ke bawah berjumlah RM 700 manakala RM 350 kepada pesara kerajaan dan veteren tidak pencen yang akan diberikan awal tahun 2023.

Tambahan beliau juga mengucapkan terima kasih kepada barisan penjawat awam yang sentiasa memastikan jentera kerajaan bergerak dengan berkesan, melaksanakan dasar serta menjayakan setiap aspirasi kerajaan. Kata beliau ketika berucap di Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam yang ke-18 di pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Yang turut hadir ketika itu, Ketua Setiausaha Negara iaitu Tan Sri Mohd Zuki, ketua pengarah perkhidmatan awam, Datuk Seri Mohd Syafiq Abdullah, Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat dan Menteri Kabinet.

Terdahulu Perdana Menteri telah menyatakan, Kerajaan telah melaksanakan beberapa pakej inisiatif baru yang turut dapat dinikmati oleh penjawat awam pada awal tahun 2022. Semua bantuan kerajaan telah membabitkan implikasi kewangan kepada pihak kerajaan berjumlah kira-kira RM 1.3 bilion.

Maklumat Lanjut

Pada tahun ini, pihak kerajaan telah memperkenal dan menyediakan pelbagai inisiatif khususnya bantuan berbentuk kewangan bagi mereka yang memerlukan terutama golongan B40 dan miskin tegar.

Sekiranya anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang layak untuk anda mohon, sila ke laman utama yang telah disediakan – SEMAK DISINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button