Am PersekutuanBANTUANJKM

Pemberian Bantuan Am Persekutuan : Berjumlah RM350 Sebulan

Pemberian Bantuan Am Persekutuan adalah merupakan sebuah inisiatif bernilai sehingga RM350 sebulan untuk rakyat Malaysia yang memerlukan. Untuk makluman, permohonan bantuan khas ini dibuka sepanjang tahun ini.

PEMBERIAN BANTUAN AM PERSEKUTUAN

Pelbagai jenis inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah diperkenalkan pada tahun ini oleh kerajaan. Salah satu insentif yang ada disediakan pada tahun ini adalah Bantuan Am Persekutuan yang diberikan secara setiap bulan.

Untuk pengetahuan umum, bantuan istimewa ini tersenarai dalam skim bantuan kebajikan yang diseliakan sepenuhnya oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pihak JKM yang bertanggungjawab mengendalikan sepenuh berkenaan bantuan bulanan ini.

Tujuan utama perlaksanaan bantuan am persekutuan ini masih diteruskan adalah untuk membantu meringankan beban individu/ keluarga yang kurang berkemampuan. Dengan adanya insentif tambahan ini dapat membantu mereka dalam meneruskan kelangsungan hidup dalam komuniti.

KADAR PEMBERIAN BANTUAN AM PERSEKUTUAN

Kepada pemohon yang layak, mereka akan menerima bantuan minimum RM100 seorang dan maksimum sehingga RM350 sekeluarga. Pemberian ini akan dikreditkan secara automatik setiap bulan kepada rakyat yang layak.

KELAYAKAN MOHON BANTUAN AM PERSEKUTUAN

Berikut adalah beberapa syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan bantuan khas RM350 sebulan ini seperti di bawah :

  1. Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  2. Bermastautin di Wilayah Persekutuan
  3. Pendapatan semasa isi rumah tidak boleh melebihi (PGK) Pendapatan garis kemiskinan
  4. Kumpulan yang berada dalam golongan memerlukan dan miskin tegar yang tidak diliputi di mana-mana skim bantuan bulanan JKM yang lain.

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN AM

Bagi mereka yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan segera dan borang boleh didapatkan secara online. Panduan lengkap cara mohon telah disediakan, sila layari laman rasmi eBantuan Am Persekutuan – DI SINI

Untuk memudahkan proses semakan permohonan dijalankan, pemohon perlu sediakan dokumen-dokumen penting yang diperlukan seperti Salinan kad pengenalan.

MAKLUMAT LANJUT

Selain itu, terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan pada tahun ini bagi memberi manfaat kepada rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif yang ada dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button