BANTUANFasa 4MySTR

MySTR : Jadual Bayaran Fasa-4 Mengikut Senarai Bank Penerima

MySTR : Jadual Bayaran Fasa-4 mengikut senarai bank penerima akan diberikan secara berperingkat bermula November ini. Untuk sedia maklum, inisiatif istimewa berbentuk bantuan kewangan ini adalah merupakan pembayaran terakhir yang akan dilakukan pada tahun 2023.

MYSTR : JADUAL BAYARAN FASA-4

Seperti sedia maklum, pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa jadual rasmi pengagihan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah fasa 4 akan dilakukan pada bulan November. Berdasarkan pemberian STR fasa-fasa sebelum ini, pengkreditan dilakukan secara berperingkat mengikut senarai bank.

Bagi penerima yang memegang kad bank Simpanan Nasional (BSN) akan menerima terlebih dahulu sebelum dikreditkan ke bank lain seperti Maybank, Bank islam dan sebagainya. Pembayaran dijangkakan akan mula diberikan pada pertengahan atau penghujung bulan hadapan.

Berdasarkan maklumat, bayaran STR fasa 1 sehingga fasa 3 telahpun selesai dibayar pada 17 Januari, 5 April dan 26 Jun lalu. Kini hanya berbaki fasa keempat sahaja yang akan diberikan sebelum penutup tahun ini.

KATEGORI PENERIMA BAYARAN MYSTR FASA-4

Untuk pengetahuan umum, bukan semua kategori akan terlibat menerima bayaran fasa keempat nanti. Kategori yang layak menerima insentif adalah isi rumah B40, M40 dan warga emas sahaja, manakala bujang telah selesai dibayar sehingga fasa ketiga lalu.

KADAR BAYARAN FASA-4 MENGIKUT KATEGORI

Jumlah amaun yang akan diberikan pada fasa ke 4 nanti adalah sehingga RM1,200 dan kadar bergantung kategori dan bilangan tanggungan anak. Di bawah disediakan jumlah yang akan diterima mengikut kategori kelayakan.

KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500 KEBAWAH) B40

  • Tidak mempunyai anak : RM200
  • Mempunyai tanggungan (1-2) anak : RM600
  • Mempunyai tanggungan (3-4) anak : RM900
  • Mempunyai tanggungan (5 dan lebih) anak : RM1,200

ISI RUMAH (PENDAPATAN RM5,000 KEBAWAH) M40

  • Tidak mempunyai anak : Tiada bayaran (RM0)
  • Mempunyai tanggungan (1-2) anak : Tiada bayaran (RM0)
  • Mempunyai tanggungan (3-4) anak : RM300
  • Mempunyai tanggungan (5 dan lebih) anak : RM500

SEMAKAN STATUS BAYARAN & KEMASKINI MYSTR

Kepada rakyat Malaysia yang merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah, anda boleh membuat semakan status bayaran mengikut fasa secara online. Untuk semak, sila layari laman web rasmi MySTR – DI SINI

Berita baik untuk bukan penerima pula adalah bermula November nanti, permohonan baru STR akan dibuka. Kepada mereka yang berkelayakan boleh mengemukakan permohonan pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan telahpun disediakan oleh kerajaan bagi membantu rakyat yang terjejas dan memerlukan. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan layak untuk memohon – SEMAK DISINI untuk maklumat lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button