BANTUANJKMKerajaanPenghargaan

Bantuan RM200 & RM300 Dibayar Minggu Ini : Senarai Penerima

Bantuan RM200 & RM300 telah mula dikreditkan (dibayar) pada minggu ini bermula 10 Ogos 2023 kepada rakyat Malaysia. Untuk sedia maklum, bantuan khas penghargaan ini telah diperkenalkan oleh Menteri Kewangan iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

BANTUAN RM200 & RM300

Terdapat pelbagai inisiatif yang ditawarkan oleh kerajaan perpaduan khususnya berbentuk bantuan kewangan pada tahun ini. Bantuan khas penghargaan (BKP) adalah salah satu bantuan yang diberikan pada bulan ini.

Pengumuman bantuan khas penghargaan telah diumumkan pada sidang Majlis peluncuran ekonomi Madani memperkasa rakyat oleh Perdana Menteri. Bantuan RM200 & RM300 ini dikreditkan secara terus ke dalam akaun bank setiap penerima.

SENARAI PENERIMA BANTUAN

Menerusi program pemberian bantuan khas penghargaan ini, senarai penerima insentif istimewa ini adalah terdiri daripada penjawat awam dan pesara kerajaan.

Bantuan berjumlah RM200 akan diberikan kepada para pesara kerajaan termasuk pesara berpencen, pesara skim KWSP, penerima pencen terbitan. Veteran berpencen dan tidak berpencen juga layak menerima insentif ini.

Bagi bantuan berjumlah RM300 pula disalurkan kepada semua penjawat awam persekutuan Gred 56 dan ke bawah yang dilantik secara tetap, sementara dan lantikan kontrak. Pegawai lantikan MySTEP yang masih berkhidmat pada 10 Ogos dengan syarat tempoh kontrak berkuat kuasa 30 hari turut layak menerima.

TARIKH RASMI BAYARAN RM200 & RM300

Tarikh rasmi bagi pembayaran bantuan khas penghargaan ini telah dimaklumkan. Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima akan dijalankan bermula pada :

  • 10 Ogos 2023

SKIM BANTUAN JKM

Kepada mereka yang memerlukan dan berada dalam golongan B40 dan miskin, jika anda terlepas pandang terdapat bantuan kewangan yang ditawarkan dalam skim bantuan JKM.

Jabatan Kebajikan Masyarakat ada menyediakan lebih kurang 11 jenis bantuan kewangan yang boleh dimohon berjumlah RM250 sehingga RM1,000 sebulan. Kadar bantaun adalah mengikut kategori kelayakan.

Kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan, semakan jenis bantuan dan cara mohon telah disedikan. Sila layari laman web rasmi eBantuan JKM – KLIK DISINI

INFO LANJUT

Pada tahun 2023, kerajaan perpaduan telah menawarkan lebih banyak kemudahan dan bantuan bagi meringankan beban kewangan rakyat Malaysia. Sila ke laman utama untuk semak senarai bantuan kerajaan yang ada dan layak untuk memohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button