BANTUANeTunaieWallet

Bantuan Kredit EWallet RM200 Untuk B40

Bantuan kredit ewallet RM200 adalah merupakan inisiatif yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan semasa pembentangan Belanjawan 2023. Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberitahu bahawa perlaksanaan bantuan kredit etunai rahmah akan diberikan pada tahun ini untuk golongan B40.

BANTUAN KREDIT EWALLET RM200

Untuk makluman, bantuan ewallet telah dijenama semula kepada etunai belia rahmah dan apa yang menarik adalah kadar bayaran telah dinaikkan sebanyak RM200 berbanding RM150 tahun lalu.

Tujuan utama bantuan ewallet ini masih relevan dilancarkan pada tahun ini adalah untuk memupuk budaya pembayaran tanpa tunai. Program inisiatif ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 2 juta belia yang berumur 18 hingga 20 tahun. Bantuan berjumlah RM200 akan diberikan kepada setiap orang yang layak terima.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan bagi bantuan ewallet RM200 ini seperti dibawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon merupakan golongan belia berumur 18,19 dan 20 tahun
  • Bagi pelajar sepenuh masa yang berumur 21 tahun ke atas layak tebus bantuan ini.

TARIKH TEBUS BANTUAN EWALLET

Untuk makluman, tarikh rasmi masih belum diumumkan. Namun dijangkakan perlaksanaan bantuan ini akan diberikan padda bulan April 2023. Segala maklumat berkenaan tarikh bayaran bantuan khas ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

CARA TEBUS BANTUAN

Dimaklumkan, seperti tahun lalu kepada golongan belia yang menepati syarat kelayakan boleh tebus bantuan di platform e-dagang pilihan masing-masing. Seperti Grabpay, Shopeepay, Touch n go ewallet dan bigpay. Penebusan bantuan ewallet RM200 ini hanya dibenarkan tebus sekali sahaja.

Perkara ini telah diumumkan pada sidangĀ BELANJAWAN 2023 dan antara inisiatif yang telah diumumkan adalah seperti bantuan tambahan STR RM600, bantuan menu rahmah, bantuan lesen memandu dan pelbagai lagi yang dikhaskan untuk golongan b40 dan miskin.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan kredit ewallet RM200 ini, terdapat lebih banyak bantuan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan pada tahun ini untuk membantu rakyat yang memerlukan. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda mohon –SEMAK DISINI untuk maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button