KWSPPengeluaran sebahagian

Pengeluaran Khas KWSP Dibenarkan Untuk 4 Kategori Ini

Pengeluaran khas KWSP dibenarkan untuk 4 kategori yang telah disediakan untuk ahli / pencarum KWSP pada tahun ini. Untuk sedia maklum buat masa ini, pengeluaran khas KWSP secara bersasar tidak diluluskan oleh kerajaan. Namun terdapat kemudahan pengeluaran khas yang dibenarkan pada waktu ini.

JENIS KATEGORI PENGELUARAN KHAS KWSP DIBENARKAN

Untuk makluman, para pencarum KWSP masih boleh membuat pengeluaran khas untuk tujuan peribadi tertentu. Pihak KWSP telah menyediakan kemudahan pengeluaran melalui akaun 2 dan akaun 1 selagi menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Berikut telah disediakan 4 jenis kategori pengeluaran khas KWSP dibenarkan melalui akaun 2 untuk pencarum yang berkelayakan dan memerlukan.

PENGELUARAN PEMBELIAN RUMAH

Untuk ahli yang ingin membuat pengeluaran untuk tujuan pembelian rumah, pihak KWSP telah menyediakan kemudahan pengeluaran. Syarat pengeluaran adalah seperti berikut :

  • Pencarum / ahli KWSP
  • Pencarum yang masih mempunyai wang simpanan di dalam akaun 2 minimum sebanyak RM500,000
  • Pencarum belum mencapai had umur 55 tahun

IBADAH HAJI

Pihak KWSP telah menyediakan kemudahan pengeluaran untuk ibadah haji. Pengeluaran khas ini bagi tujuan menampung pembelanjaan ibadah haji. Tetapi bukan untuk keseluruhan kos haji

Kemudahan pengeluaran ini bagi meringankan beban kos pembelanjaan ahli KWSP yang ingin menunaikan ibadah haji.

PENGELUARAN PENDIDIKAN

Kepada ahli atau mempunyai tanggungan anak yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat universiti atau kolej. Sekiranya pinjaman PTPTN tidak mencukupi, anda boleh membuat permohonan pengeluaran khas pendidikan untuk menampungk kos yuran anak anda.

RAWATAN KOS PERUBATAN 

Kemudahan pengeluaran ini disediakan bagi ahli yang mempunyai penyakit untuk menampung kos rawatan perubatan atau alat kesihatan. Pengeluaran ini bagi ahli / pencarum KWSP yang masih belum mencapai umur 55 tahun.

Kepada ahli KWSP yang masih mempunyai baki simpanan akaun 2 boleh membuat permohonan pengeluaran untuk tujuan perbatan.

SYARAT & PANDUAN PERMOHONAN

Bagi ahli KWSP yang ingin membuat pengeluaran mengikut kategori yang dibenarkan seperti diatas. Sila layari portal rasmi KWSP – DI SINI untuk semakan syarat dan panduan permohonan.

INFO LANJUT

Selain pengeluaran khas KWSP dibenarkan untuk 4 kategori ini, terdapat pelbagai inisiatif lain yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan perpaduan. Kepada mereka yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button