KWSPPengeluaran Khas 2.0

Berita Baik Berkenaan Pengeluaran Khas KWSP 2.0

Baru-baru ini kenaikkan barangan keperluan hari seperti ayam menyebabkan ramai yang mengeluh lebih-lebih lagi golongan berpendapatan rendah kerana menjejaskan pembelanjaan harian.

Sebuah petisyen sokongan perlaksanaan telah diwujudkan dan untuk makluman, telah mencapai 100 ribu tandatangan yang menandatangani petisyen tersebut. Ramai yang menginginkan perlaksanaan pengeluaran khas kali kedua dilakukan bagi membantu meringankan beban dalam bentuk kewangan pada tahun ini. Bukan semua orang ada caruman KWSP sehingga boleh mengeluarkan wang seperti i-lestari, i-citra dan pengeluaran khas baru-baru ini.

Berita Baik Tentang Pengeluaran Khas KWSP

Baru baru ini, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia iaitu YB Tuan Mohd Shahar Bin Abdullah telah mengeluarkan kenyataan dalam dewan rakyat bahawa pihak Kerajaan telah bersetuju untuk pertimbangkan perlaksanaan pengeluaran khas KWSP 2.0 dari semua aspek.

Menerusi kenyataan beliau, suma input-input berkaitan bagaimana untuk Kerajaan memperhebatkan dan pertingkatkan lagi nilai simpanan KWSP sedang dikaji dan sudah tentu berkenaan pengeluaran Khas KWSP 2.0 juga adalah sebahagian daripada perkara yang sedang dipertimbangkan pada waktu ini oleh pihak Kerajaan.

Untuk sedia maklum, terdapat banyak lagi strategi yang akan digunakan oleh Kerajaan bagi memastikan KWSP menjadi tempat insuran pada golongan yang bekerja.

Jenis Pengeluaran Tersedia

Kepada pencarum KWSP, bagi makluman terdapat jenis pengeluaran wang KWSP yang anda boleh lakukan untuk tujuan peribadi seperti membina / ubah suai rumah, rawatan perubatan, pendidikan ibadah haji dan lain-lain lagi. Anda boleh semak maklumat lebih lanjut berkenaan KWSP melalui Laman Rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja – https://www.kwsp.gov.my/ms/home

Maklumat Lanjut

Untuk Pengetahuan umum, pihak Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis pakej bantuan khususnya bantuan kewangan pada tahun 2022 untuk mereka yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang boleh anda dapatkan, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button