KWSPPengeluaran Khas

RASMI~ Hanya Jenis Pengeluaran Khas KWSP Tersedia Yang Dibenarkan Pada Tahun 2022

Kini sudah hampir ke penghujung tahun 2022, namun seperti yang sedia maklum beberapa hari lalu telah dibentangkan sidang bajet 2023. Dalam sidang tersebut tiada makluman berkenaan perlaksanaan Pengeluaran khas KWSP kali kedua. Ini bermakna tahun ini hanya berlaku pengeluaran khas 10,000 sahaja dan tiada 2.0.

Memang tidak dinafikan ramai rakyat yang mengeluh dengan kenaikkan harga barang asas baru-baru ini dan menyebabkan ada golongan yang inginkan perlaksanaan pengeluaran khas KWSP 2.0 dilakukan. Namun begitu ia bukan hal yang mudah dan pihak KWSP perlu menyelidik dari pelbagai aspek penting bagi menjamin masa depan para pencarum.

Namun begitu anda tidak perlu khuatir kerana terdapat banyak jenis pengeluaran yang boleh anda lakukan selagi mana anda mengikut syarat dan terma yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP. Sebenarnya anda boleh membuat atau melakukan pengeluaran wang KWSP anda untuk tujuan peribadi seperti membina / ubah suai rumah, pendidikan, rawatan dan lain-lain.

Hanya 4 Jenis Pengeluaran Wang KWSP yang Dibenarkan Pada Tahun 2022

Berikut telah disediakan senarai jenis pengeluaran khas KWSP yang boleh anda lakukan untuk tujuan peribadi seperti di bawah.

Pengeluaran Untuk Rawatan Perubatan

Jika anda menghadapi masalah kesihatan dan melibatkan 36 jenis penyakit kritikal, anda secara automatik boleh membuat pengeluaran pada akaun 2 bagi tujuan menampung kos rawatan perubatan dan pembelian alat kesihatan – KWSP Perubatan

Pengeluaran Untuk Pembelian / Ubah suai Rumah

Untuk makluman, pihak KWSP telah memberikan kemudahan untuk membantu ahli memiliki rumah sendiri sama ada melalui pembinaan, membeli rumah subsale, rumah lelong atau melalui Rumah Mesra Rakyat 2022 – KWSP Beli Rumah

Pengeluaran Pendidikan

Pihak KWSP turut memberikan pengeluaran EPF untuk anda menampung pengajian anak anda yang ingin melanjutkan pengajian di IPT sekiranya pinjaman PTPTN tidak mencukupi.

Kemudahan ini diberikan adalah bagi tujuan meringankan beban ahli kerana tidak perlu membayar yuran yang mahal untuk menikmati kemudahan yang disediakan oleh pihak Universiti – KWSP Pendidikan

Pengeluaran Ibadah Haji

Bagi tujuan mengurangkan bebanan ahli yang ingin menunaikan ibadah Haji, wang daripada akaun anda boleh dikeluarkan dengan cara membuat permohonan pengeluaran KWSP i-akaun untuk tujuan pembelanjaan kos haji dan daftar haji dengan Lembaga Tabung Haji – KWSP Haji

Informasi Lanjut

Pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis pakej bantuan telah disediakan oleh pihak kerajaan untuk mereka yang memerlukan. Sekiranya anda ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berklayakan untuk anda mohon, sila ke Halaman utama yang telah disediakan – SEMAK DISINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button