ePengeluaranKWSP

Permohonan E-Pengeluaran KWSP Kini Dibuka

Permohonan e-pengeluaran KWSP kini dibuka kepada semua ahli / pencarum KWSP yang boleh dilakukan bila-bila masa dan di mana jua. Walalupun pengeluaran khas 2.0 tidak dapat diluluskan namun pihak KWSP ada menyediakan kemudahan pengeluaran untuk tujuan peribadi tersedia pada tahun ini.

PERMOHONAN E-PENGELUARAN KWSP

Tahukah anda terdapat pelbagai jenis kemudahan pengeluaran yang boleh dilakukan selagi mengikut syarat dan terma yang telah ditetapkan. Sebenarnya ahli dibenarkan membuat pengeluaran wang simpanan mereka untuk tujuan peribadi seperti membina rumah, pendidikan, untuk peribadi dan lain-lain lagi.

Permohonan e-pengeluaran KWSP kini boleh dilakukan untuk tujuan urusan-urusan seperti di bawah :

  • Pengeluaran untuk membina rumah
  • Pengeluaran untuk membeli rumah
  • Pengeluaran bagi melangsaikan baki pinjaman rumah
  • Menyelesaikan baki tertunggak pinjaman PTPTN
  • Rawatan perubatan
  • Pendidikan

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Kriteria kelayakan yang telah ditetapkan bagi e-pengeluaran KWSP adalah seperti berikut :

  • Merupakan ahli KWSP
  • Warganegara Malaysia atau penduduk tetap
  • Permohonan pengeluaran tidak boleh melebihi amaun pengeluaran maksimum
  • Menepati syarat kelayakan mengikut syarat pengeluaran semasa
  • Bayaran pengeluaran secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank semasa / simpanan ahli atau rakan strategik KWSP.

PANDUAN PERMOHONAN PENGELUARAN KWSP

Kepada ahli yang ingin membuat pengeluaran KWSP akaun 2 bagi tujuan peribadi, anda boleh lakukan secara online. Panduan lengkap permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi e-pengeluaran KWSP – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis inisiatif kemudahan dan bantuan kewangan kepada rakyat Malaysia terutama yang memerlukan. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button