10k DiluluskanCara Mudah PengeluaranKWSP

Panduan Cara Paling Mudah Semak Akaun 1 Dan 2 KWSP

Baru-baru ini, berita yang telah ditunggu-tunggu sekian lama oleh ahli KWSP berkenaan Kemudahan Pengeluaran Khas KWSP RM 10,000 telahpun diluluskan melalui pengumuman Perdana Menteri Malaysia.

Kemudahan Pengeluaran Khas KWSP ini boleh dibuat oleh para pencarum dengan jumlah minima RM 50 sehingga maksimum RM 10,000. Perdana Menteri telah mengumumkan pengeluaran khas ini dibenarkan pada tanggal 16 Mac 2022 yang lalu, Selepas banyak usaha dari pelbagai pihak, pengumuman kebenaran pengeluaran khas ini sangat bermakna kepada ahli KWSP untuk membuat pengeluaran masing-masing.

Sebelum membuat pengeluaran, kepada para ahli KWSP perlu menyemak baki simpanan ada yang ada dalam akaun 1 dan akaun 2 KWSP. Di sini telah disediakan panduan cara mudah untuk semak baki akaun anda untuk sebagai rujukan.

Panduan Mudah Semak Baki Akaun 1 Dan 2 KWSP

Di bawah telah disediakan cara untuk menyemak baki akaun 1 & 2 KWSP :

  1. Sila layari Portal Rasmi KWSP – DI SINI
  2. Sila masukan maklumat anda (No Kad Pengenalan)
  3. Kemudian masukan kata laluan i-Akaun anda
  4. Selepas itu, baki akaun anda akan dipaparkan di skrin. Di carta pai yang berwarna oren adalah untuk baki akaun 1 dan warna biru untuk baki akaun 2 KWSP seperti yang dipaparkan

Butiran Maklumat KWSP RM 10,000

Pihak KWSP telah menyiarkan catatan ringkas mengenai Kemudahan Pengeluaran Khas ini seperti berikut :

  • Permohonan Pengeluaran Khas KWSP ini akan mula dibuka pada tarikh 1 April sehingga 30 April 2022 secara online
  • Pengeluaran Khas KWSP 10K ini hanya dibuka kepada ahli KWSP yang berumur 55 Tahun dan kebawah sahaja
  • Jumlah pengeluaran yang boleh dibuat adalah sebanyak minimum RM 50 sehingga maksimum RM 10,000
  • Pembayaran akan dibuat menggunakan baki simpanan di dalam akaun 2 dan sekiranya tidak mencukupi, simpanan di akaun 1 akan diakses

Buat masa ini, tiada syarat khusus yang diperlukan untuk membuat pengeluaran Khas KWSP ini. Para pencarum hanya perlu membuat permohonan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP.

Maklumat Lanjut

Selain pengeluaran khas ini, pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis inisiatif dari pihak Kerajaan telah diperkenalkan bagi membantu rakyat yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ingin membuat semakan senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda membuat permohonan, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DISINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button