KWSPPengeluaran Penuh

Kategori Pengeluaran Penuh KWSP Yang Dibenarkan Tahun 2023

Terdapat beberapa Kategori Pengeluaran Penuh KWSP yang dibenarkan pada tahun ini melalui akaun 1 dan akaun 2 ahli. Sebenarnya pencarum boleh melakukan pengeluaran penuh melalui i-akaun untuk tujuan peribadi selagi mengikut syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

KATEGORI PENGELUARAN PENUH KWSP

Walaupun kerajaan tidak dapat meluluskan pengeluaran khas 2.0 dan secara bersasar atas sebab-sebab tertentu. Terdapat beberapa kemudahan kategori pengeluaran penuh KWSP yang boleh dilakukan ahli secara bersyarat.

Pelbagai kemudahan dan inisiatif yang telah ditawarkan oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi membantu memudahan urusan ahli. Kemudahan pengeluaran KWSP secara sepenuhnya boleh dilakukan untuk tujuan peribadi seperti di bawah.

PENGELUARAN 55 TAHUN

Kepada ahli / pencarum yang telah mencapai umur 55 tahun, mereka secara automatik layak untuk memilih menguruskan wang persaraan dan kendalikan sendiri. Semua caruman yang diterima ke dalam akaun 1 dan akaun 2 akan digabungkan ke dalam akaun 55.

Pengeluaran penuh atau sebahagian KWSP dibenarkan boleh dilakukan pada bila-bila masa bagi kategori ini.

MUSIBAH MENINGGAL DUNIA

Sekiranya berlaku musibah ahli meninggal dunai, pengeluaran secara sepenuhnya boleh dilakukan oleh pewaris. Justeru pihak KWSP amat menggalakan pencarum untuk membuat penamaan bagi membolehkan waris terdekat mengeluarankan simpanan tanpa sebarang masalah dan memudahkan proses.

MENCAPAI UMUR 60 TAHUN

Bagi pencarum yang memilih untuk meneruskan pekerjaan selepas umur 55 tahun, caruman wang yang diterima selepas itu akan dikreditkan. Secara terus ke dalam akaun yang dikenali sebagai akaun emas dan ia boleh dikeluarkan apabila ahli mencapai umur 60 tahun.

Setelah mencapai umur 60 tahun, ahli boleh mengeluarkan kesemua wang simpanan yang terkumpul dalam akaun 55 (jika mempunyai) dan akaun emas. Pengeluaran penuh dan sebahagian dibenarkan pada bila-bila masa.

HILANG UPAYA

Kategori pengeluaran penuh KWSP juga dibenarkan bagi ahli yang kehilangan keupayaan dari segi fizikal atau mental yang menjejaskan mereka untuk bekerja. Pihak KWSP juga akan memberikan bantuan tambahan RM5,000 sebagai insentif hilang upaya bagi meringankan beban mereka.

CARA MOHON

Kepada anda yang berkelayakan dan ingin memohon pengeluaran penuh KWSP, permohonan boleh dilakukan sekiranya berkelayakan. Panduan permohonan dan semakan syarat telah disediakan, sila layari laman rasmi KWSP – DI SINI

INFO LANJUT

Pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan telah ditawarkan oleh kerajaan pada tahun ini khusus untuk golongan B40 dan miskin tegar. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button