FSA2KWSPPengeluaran Bersyarat

KWSP : Pengeluaran Bersyarat FSA2 Fasa 1 Kini Telah Diluluskan

KWSP : Pengeluaran Bersyarat FSA2 fasa 1 kini telah diluluskan dan boleh dilakukan oleh ahli yang berkelayakan. Untuk sedia maklum, pihak KWSP telah memperkenalkan sebuah kemudahan pengeluaran pada tahun 2023.

KWSP : PENGELUARAN BERSYARAT FASA 1

Untuk makluman umum, pihak KWSP telah melaksanakan sebuah kemudahan pengeluaran yang dikenali sebagai Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2). Kemudahan pengeluaran FSA2 KWSP ini akan dilancarkan secara 2 fasa.

Inisiatif khas FSA2 ini diperkenalkan adalah bertujuan membantu para ahli KWSP untuk membuat pengeluaran pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan. Apa yang menarik adalah tempoh permohonan dibuka dan boleh dikemukakan sepanjang tahun ini.

Bermula April 2023, permohonan bagi pengeluaran FSA2 KWSP telahpun dibuka bagi fasa 1. Untuk berkenaan fasa kedua (2) pula akan dimaklumkan kelak oleh pihak KWSP.

Menerusi pengeluaran FSA2, ahli boleh menggunakan simpanan akaun 2 sebagai cagaran untuk mendapatkan pembiayaan dengan kadar faedah yang lebih rendah.

KADAR PENGELUARAN BERSYARAT FSA2 YANG DIBENARKAN

Seperti sedia maklum, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memaklumkan bahawa kadar pengeluaran FSA2 fasa 1 yang boleh dilakukan adalah. Minimum RM3,000 sehingga Maksimum RM50,000 dan jumlah tertakluk pada baki akaun 2.

KELAYAKAN PENGELUARAN FASA 1

Dibawah adalah merupakan beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi pengeluaran FSA2 KWSP fasa 1 seperti berikut :

  • Ahli KWSP
  • Terbuka kepada warganegara Malaysia
  • Umur pencarum belum mencapai 55 tahun
  • Permohonan boleh dikemukakan sekali sahaja
  • Permohonan yang telah lulus tidak boleh dibatalkan
  • Pemohon perlu mempunyai baki simpanan akaun 2 KWSP sekurang-kurangnya RM3,000
  • Mematuhi terma serta syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Bank
  • Pengeluaran bersyarat maksimum adalah RM50,000

Maklumat tambahan : Bagi pengeluaran bersyarat FSA2 KWSP fasa 1, institusi perbankan yang terlibat adalah MBSB dan Bank Simpanan Nasional.

CARA DAFTAR PERMOHONAN PENGELUARAN

Kepada ahli yang memerlukan dan berkelayakan, permohonan boleh dikemukakan secara online pada tahun ini. Panduan dan cara daftar permohonan telah disediakan, sila ke laman utama FSA2 KWSP – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak inisiatif dan kemudahan khususnya berbentuk bantuan kewangan telah ditawarkan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan. Sila lihat dan cek senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button