FSA2KWSPPengeluaran KWSP

Pengeluaran KWSP Minimum RM3000 : Dibenarkan Melalui FSA2

Pengeluaran KWSP minimum RM3000 kini dibenarkan kepada ahli melalui pembiayaan FSA2 pada tahun ini. Untuk sedia maklum, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah menyediakan pelbagai kemudahan pengeluaran bagi membantu para pencarum.

PENGELUARAN KWSP MINIMUM RM3000

Pihak KWSP telah melancarkan kemudahan terbaru yang dikenali sebagai Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) bermula April lalu. Untuk makluman, FSA2 ini akan dilaksanakan secara 2 fasa dan kini permohonan bagi fasa 1 telah dibuka.

Apa yang menarik adalah kemudahan FSA2 KWSP ini diperkenalkan adalah bagi membantu ahli bagi mendapatkan pembiayaan peribadi melalui institusi perbankan. Bagi pengetahuan umum, simpanan dalam akaun 2 boleh dijadikan sebagai bayaran balik pembiayaan.

KADAR PENGELUARAN KWSP YANG DIBENARKAN

Kepada ahli yang berkelayakan dan berminat untuk menggunakan kemudahan ini, kadar pengeluaran yang dibenarkan bagi FSA2 KWSP fasa 1. Adalah minimum RM3000 sehingga maksimum RM50,000 dan jumlah berdasarkan simpanan dalam akaun 2.

SYARAT KELAYAKAN PENGELUARAN KWSP MINIMUM

Syarat-syarat kelayakan permohonan yang telah ditetapkan bagi pengeluaran melalui FSA2 KWSP ini adalah seperti berikut :

  • Ahli KWSP
  • Warganegara Malaysia
  • Pencarum yang belum mencapai umur 55 tahun (Untuk fasa 1)
  • Permohonan boleh dikemukakan sekali sahaja
  • Permohonan yang lulus tidak boleh dibatalkan
  • Permohonan FSA2 KWSP fasa 1 dibuka dalam tempoh setahun
  • Mempunyai baki amaun simpanan dalam akaun 2 minimum RM3,000
  • Memenuhi terma dan syarat yang dah ditetapkan oleh institusi perbankan yang dimohon (BSN atau MBSB)
  • Amaun pengeluaran akan dibayar kepada bank apabila ahli telah mencapai antara umur 50 hingga 55 tahun mengikut pilihan umur pengeluaran

PANDUAN PERMOHONAN PENGELUARAN FSA2

Kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan, permohonan boleh dibuat secara atas talian (Online) melalui institusi perbankan pilihan. Panduan lengkap cara daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman utama FSA2 KWSP – KLIK DISINI

Bagi sedia maklum, pengeluaran FSA2 KWSP fasa 1 ini hanya ada 2 pilihan institusi perbankan yang boleh dimohon. Iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN) dan MBSB.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini kerajaan perpaduan telah melancarkan pelbagai kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi membantu meringankan beban kewangan rakyat. Sila semak senarai (List) bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button