BANTUANMySTR

MySTR : Bantuan Tunai Fasa Akhir Bakal Dibayar Lebih Awal

MySTR : Bantuan Tunai fasa akhir (4) bakan dibayar lebih awal dan selewat-lewatnya pada bulan November 2023. Untuk sedia maklum inisiatif istimewa ini telah diperkenalkan pada tahun ini untuk membantu meringankan beban kewangan rakyat.

MYSTR : BANTUAN TUNAI 2023

Seperti sedia maklum pada sidang Belanjawan 2023, pihak kerajaan telah memperkenalkan sebuah inisiatif yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah. Menerusi pemberian bantuan khas ini telah melibatkan 3 kategori utama iaitu bujang, warga emas serta isi rumah B40 & M40.

Berbanding bantuan tunai tahun lalu, STR tahun ini diberikan lebih awal iaitu pada bulan Januari lalu (Fasa 1) dan sehingga hari ini bayaran STR fasa ketiga telahpun selesai dibayar.

Untuk makluman, kadar bayaran yang diberikan adalah sehingga RM2,500 tambahan RM600 untuk kategori miskin tegar. Jumlah keseluruhan bergantung kepada kategori kelayakan dan bilangan tanggungan anak.

BAYARAN BANTUAN MYSTR FASA 4 BAKAL DIBAYAR AWAL

Mengikut makluman rasmi yang telah diumumkan kerajaan, fasa 4 STR akan dikreditkan berperingkat pada bulan November nanti. Buat masa ini kemungkinan akan dibayar lebih awal seperti fasa ketiga lalu dimana sepatutnya dibayar pada bulan Julai tetapi dipercepatkan pada bulan Jun 2023.

KADAR BAYARAN MYSTR FASA 4 MENGIKUT KATEGORI

Berikut adalah kadar bayaran fasa 4 yang akan diterima oleh penerima sedia ada yang telah dapat bayaran dari fasa 1 hingga fasa 3 mengikut kategori seperti di bawah :

  • Kategori warga emas (60 tahun keatas) : RM200 seorang
  • Kategori Isi rumah (Pendapatan bulanan RM2,500/ B40) : Tiada anak (RM200), Mempunyai anak 1-2 (RM600), Mempunyai anak 3-4 (RM900) dan mempunyai anak 5 keatas (RM1,200)
  • Kategori isi rumah (Pendapatan bulanan RM5,000/ M40) : Mempunyai anak 3-4 (RM300) dan Mempunyai anak 5 keatas (RM500)

Info : Bagi kategori bujang, isi rumah M40 tiada anak dan mempunyai 1-2 anak, kategori ini tidak akan menerima bayaran fasa keempat.

SEMAKAN STATUS BANTUAN MYSTR

Kepada rakyat Malaysia yang merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah, anda boleh membuat semakan status bayaran secara online. Untuk semakan sila ke laman rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan pada tahun ini telah menawarkan lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi meringankan beban kewangan rakyat. Kepada yang terlepas pandang boleh semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button