BANTUANBAPPelajar

Pemberian Bantuan Awal Persekolahan RM150 : Belanjawan 2024

Pemberian Bantuan Awal Persekolahan berjumlah RM150 akan diberikan pada awal Januari kepada setiap pelajar. Inisiatif istimewa ini telah diumumkan pada sidang Belanjawan 2024 baru-baru ini.

PEMBERIAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan bahawa pemberian bantuan awal persekolahan (BAP) bernilai RM150. Akan mula dilaksanakan pada Januari tahun 2024 secara one-off kepada para pelajar.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyatakan insentif khas ini akan memberi manfaat kepada sekitar 5 juta murid di seluruh negara. Kerajaan telah memaklumkan peruntukan insentif tambahan BAP ini adalah sebanyak RM788,130,000.

Tujuan perlaksanan program khas BAP ini masih diteruskan pada tahun hadapan adalah bagi membantu meringankan beban kewangan keluarga terutuma kumpulan B40. Dengan adanya insentif istimewa ini dapat membantu ibu bapa bagi membuat persediaan secukupnya kepada anak yang memasuki alam persekolahan.

KELAYAKAN PEMBERIAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Berdasarkan syarat kelayakan pemberian BAP tahun 2023, berkemungkinan sama seperti tahun ini seperti di bawah :

  1. Warganegara Malaysia sahaja
  2. Murid tahun 1 sehingga tingkatan lima (5) atau yang setaraf dengannya
  3. Pendapatan bulanan kasar isi rumah (Keluarga) RM3,000
  4. Pelajar/ murid yang bersekolah di jenis :
  • Sekolah kerajaan (SK)
  • Sekolah bantuan kerajaan (SBK)
  • Sekolah swasta persendirian yang berdaftar dengan kerajaan
  • Sekolah agama
  • Sekolah integriti/ sekolah henry gurney
  • Sekolah bimbingan jalinan kasih

TARIKH PEMBERIAN BAP 2024

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan bantuan BAP akan mula disalurkan pada awal bulan Januari 2024. Pemberian insentif ini akan diberikan melalui akaun sekolah seluruh negara.

Selepas itu pihak sekolah akan memberikan insentif tersebut secara one-off bernilai RM150 kepada murid secara berperingkat. Untuk makluman, pemberian BAP tidak melibatkan secara bentuk permohonan dan tiada dokumen yang diperlukan.

Untuk semakan info peluh berkenaan bantuan awal persekolahan RM150 ini, sila layari laman rasmi kerajaan – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Bukan ini sahaja, terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk pemberian bantuan telah disediakan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk maklumat lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button