BANTUANKerajaan

TERKINI ~ Bantuan 1 Keluarga Akan Disalurkan Bermula September Sehingga RM 900

Untuk sedia maklum, bermula bulan September 2022 pihak kerajaan akan mula mensalurkan bantuan 1 Keluarga sehingga RM 900 kepada panerima yang layak secara berperingkat melalui pembayaran ke akaun bank masing-masing.

Bagi kategori isi rumah akan menerima bayaran bermula daripada RM 200, RM 300, RM 600 dan RM 700 untuk setiap keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah RM 2,500 dan kebawah dan tertakluk pada kategori umur.

Bagi kategori isi rumah dengan pendapatan dari RM 2,501 sehingga RM 5,000 pula akan menerima bayaran sebanyak dari RM 100 dan RM 400 sahaja tertakluk pada kategori usia.

Kepada kategori Ibu Bapa Tunggal (IBT), bayaran yang akan diterima bermula daripada RM 600 sehingga RM 900 dengan jumlah tambahan yang mempunyai anak yang berjumlah RM 500. Bagi kategori bujang akan menerima bayaran sebanyak RM 150 pada bula September nanti.

Bantuan 1 Keluarga adalah merupakan 1 instumen dalam kerangka bantuan atau lebih dikenali sebagai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN 1 KELUARGA

Pembayaran bantuan ini akan melibatkan 4 Fasa, jadual pembayaran telah disediakan seprti dibawah:

  1. FASA 1 – Pembayaran dikreditkan bermula pada 28 Mac 2022 secara berperingkat (Selesai)
  2. FASA 2 – Pembayaran telah dikreditkan bermula 27 Jun 2022 secara berperingkat (Selesai)
  3. FASA 3 – Pembayaran akan mula dikreditkan pada bulan September 2022 (Dijangka akan bermula pada hujung bulan September)
  4. FASA 4 (Akhir) – Pembayaran akan bermula pada bulan Disember 2022.

CARA SEMAK STATUS & KEMASKINI BANTUAN 1 KELUARGA

  1. Langkah pertaman, anda perlu layari portal rasmi bantuan 1 keluarga – KLIK DI SINI
  2. Kemudian sila tekan butang Semakan Status
  3. Paparan kelayakan akan ditunjukkan pada skrin anda
  4. Sila tekan maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran anda.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan atau informasi lebih lanjut berkenaan bantuan ini, anda boleh layari laman rasmi BKM di – https://bkm.hasil.gov.my/

MAKLUMAT TAMBAHAN

Pada tahun 2022, pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis pakej inisiatif khususnya melibatkan bantuan berbentuk tunai yang diberikan kepada golongan rakyat yang memerlukan terutama kepada golongan B40 dan keluarga miskin.

Sekiranya anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman utama – DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button