Untuk sedia maklum bahawa terdapat satu program iaitu SIP GIG PERKESO yang kini telah dibuka bermula 17 Januari 2022 sehingga 30 Jun 2022. Tujuan program insentif ini bagi memberi fokus kepada individu yang tergolong dalam golongan diberhentikan kerja, diberikan notis tanpa gaji, penganggur lebih dari 2 bulan, pencari perkerjaan dalam golongan terjejas serta suri rumah yang tidak bekerja lebih daripada 6 bulan yang terlibat dalam pekerjaan tidak terikat dengan waktu bekerja yang menggunakan platform digital berdaftar di bawah PERKESO pada tahun ini.
Pengenalan SIP GIG PERKESO
Program SIP GIG PERKESO merupakan sebuah insentif berbentuk kewangan berjumlah RM 600 hingga RM 800 sebulan bagi tempoh maksima sehingga 6 bulan bagi pekerja GIG yang baru di bawah Bajet 2022.
Tarikh Permohonan Dibuka
Tarikh permohonan SIP GIG PERKESO bermula pada 17 Januari 2022 sehingga tarikh tutup pada 30 Jun 2022.
Manfaat SIP GIG PERKESO
- Dapat menggalakan para individu yang mencari pekerjaan atau yang sedang menganggur mengambil peluang pekerjaan merentasi pekerjaan tidak formal atau kerjaya ekonomi gig melalui platform digital
- Dapat memberikan peluang kepada individu yang sedang menganggur atau tidak bekerja untuk melaksanakan pekerjaan secara jangka masa singkat dan pendek.
Syarat Kelayakan
- Terbuka kepada individu yang diberikan notis cuti tanpa gaji – Minimum sebulan
- Terbuka kepada individu yang telah diberhentikan kerja
- Terbuka kepada individu yang sedang mencari kerja daripada golongan terjejas seperti OKU, bekas banduan dan berkaitan
- Terbuka kepada graduan yang sedang menganggur lebih dari 2 bulan
- Semua yang terlibat dalam program ini harus berumur 18 hingga 60 tahun pada tahun ini
Panduan Cara Mohon
- Sila muat turun aplikasi PERKESO Prihatin di app store telefon anda atau layari portal rasmi PERKESO – DI SINI
- Buat permohonan melalui aplikasi PERKESO Prihatin atau laman rasmi yang telah disediakan
- Jika permohonan anda diluluskan, log aktiviti perlu dimuat naik setiap bulan untuk menerima insentif.
- Sekiranya anda mempunyai permasalahan semasa permohonan atau ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan insentif SIP GIG RM 800 ini, sila rujuk di laman rasmi PERKESO – DI SINI
Maklumat Lanjut
Pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan khususnya berbentuk kewangan bagi membantu rakyat Malaysia yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI