BANTUANBINGKAS

Bantuan BINGKAS RM300 Sebulan ~ Panduan Daftar Permohonan

Bantuan BINGKAS RM300 adalah merupakan inisiatif berbentuk kewangan yang diberikan kepada golongan b40 yang memerlukan. Dalam usaha bagi membantu rakyat meringankan kos sara hidup, pihak kerajaan negeri telah menyediakan pelbagai jenis bantuan. Salah satunya adalah bantuan ini.

INSENTIF BINGKAS

Program bantuan kehidupan sejahtera Selongor (BINGKAS) adalah bantuan dibawah kerajaan negeri Selongor yang diperkenalkan pada tahun sebelum. Berita gembira untuk rakyat baru-baru ini menerusi sidang belanjawan neger Selangor 2023, pihak kerajaan bersetuju meneruskan bantuan khas ini bagi membantu meringankan pembelanjaan barang keperluan harian secara bulanan.

Untuk makluman, peruntukkan bagi bantuan ini adalah sebanyak RM 108 juta untuk disalurkan dan memberi manfaat kepada kira-kira 30,000 keluarga yang layak.  Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari berkata ketika membentangkan Bajet belanjawan Selangor bagi tahun 2023.

SYARAT KELAYAKAN

Di bawah telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk memohon bantuan BINGKAS ini seperti berikut:

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Isi keluarga yang mempunyai tanggungan di bawah umur 18 tahun
  • Pendapatan bulanan semasa dibawah RM 3,000 sebulan
  • Menetap di negeri Selangor melebihi 10 tahun
  • Lahir di negeri Selangor
  • Pemilih berdaftar di negeri Selangor.

KADAR BANTUAN

Untuk sedia maklum, kadar bantuan khas ini telah diumumkan sebanyak RM 300 sebulan. Bantuan tersebut boleh digunakan di pasaraya dan runcit yang berdaftar. Salah satu tujuan bantuan ini masih diteruskan adalah bagi memupuk budaya urusan pembelian dilakukan secara tanpa tunai (Cashless). Bagi penerima bantuan ini, setiap bulan akan dikreditkan secara automatik.

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN

Jika anda ingin mendapatkan bantuan BINGKAS RM300 sebulan ini, daftar permohonan boleh dibuat dengan mudah secara atas talian. Sila layari Portal Rasmi BINGKAS – DI SINI

Untuk memudahkan proses semakan permohonan dijalankan, anda perlu sertakan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti berikut:

  • Salinan Kad pengenalan pemohon
  • Salinan kad pegenalan tanggungan ahli keluarga atau mykid anak
  • Salinan sijil kematian/ cerai/ laporan polis bagi kategori ibu bapa tunggal
  • Salinan slip gaji atau pencen terbaru untuk penjawat awam dan pesara
  • Pengesahan penyata pendapatan daripada ketua komuniti bagi kategori bekerja sendiri

INFO LANJUT

Selain daripada bantuan BINGKAS ini, terdapat lebih bantuan inisiatif terutama bantuan kewangan yang disediakan bagi golongan yang memerlukan. Semak senarai bantuan – KLIK DISINI untuk rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button