BANTUANFasa 1MySTR 2024SumbanganTunaiRahmah

MySTR 2024 : Kadar Bantuan Tunai Fasa 1 Mengikut Kategori

MySTR 2024 : Kadar Bantuan Tunai Fasa 1 mengikut kategori telah diumumkan oleh pihak kerajaan yang telah mula disalurkan berperingkat. Inisiatif khas Sumbangan Tunai Rahmah ini adalah merupakan bantuan kewangan yang dilancarkan memasuki tahun kedua.

MYSTR 2024 : BANTUAN TUNAI UNTUK RAKYAT

Pihak kerajaan perpaduan telah memperkenalkan sebuah inisiatif bantuan yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun 2023. Atas keprihatinan kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan perlaksanaan insentif istimewa ini pada tahun 2024.

Apa yang menarik adalah bantuan tunai STR ini telah diperluaskan dan dinaikkan kadar jumlah keseluruhan kepada RM3,700 berbanding RM3,100 tahun lalu. Penerima bantuan kewangan ini akan melibatkan 3 kategori utama iaitu bujang, warga emas dan isi rumah.

KADAR BANTUAN MYSTR 2024 FASA 1 MENGKUT KATEGORI

Sukacita dimaklumkan bahawa pemberian bantuan tunai STR fasa 1 telahpun mula dikreditkan secara berperingkat kepada rakyat Malaysia. Kadar bayaran bantuan STR fasa pertama mengikut kategori adalah seperti dibawah.

KATEGORI BELIA BUJANG (21 – 59 TAHUN)

  • RM100 seorang

WARGA EMAS TIADA PASANGAN (60 TAHUN KEATAS)

  • RM150 seorang

KATEGORI ISI RUMAH/ KELUARGA B40 (PENDAPATAN RM2,500)

  • Tidak ada anak (0) : RM500
  • Mempunyai tanggungan anak (1-2) : RM500
  • Mempunyai tanggungan anak (3-4) : RM500
  • Mempunyai tanggungan anak (5 dan lebih) : RM500

ISI RUMAH/ KELUARGA M40 (PENDAPATAN RM5,000)

  • Tidak ada anak (0) : RM100
  • Mempunyai tanggungan anak (1-2) : RM150
  • Mempunyai tanggungan anak (3-4) : RM250
  • Mempunyai tanggungan anak (5 dan lebih) : RM300

KAEDAH BAYARAN BANTUAN TUNAI MYSTR 2024

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah akan dilakukan secara pengkreditan ke dalam akaun bank. Kepada mereka yang tiada kad bank, penebusan secara tunai boleh dilakukan di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula pada isnin (29 Januari 2024).

SEMAKAN STATUS BANTUAN MYSTR SECARA ONLINE

Kepada penerima sedia ada, kini semakan status bayaran bantuan tunai STR boleh dilakukan secara online. Untuk semakan status atau pendaftaran baharu, sila layari laman rasmi bantuan tunai – STR 2024

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini pihak kerajaan perpaduan telah menyediakan pelbagai jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi membantu meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button