BANTUANeTunaieWallet

Bantuan eTunai RM200 Untuk Golongan Bujang

Bantuan eTunai RM200 untuk rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan bujang (belia) telah diumumkan oleh pihak kerajaan pada tahun 2023. Untuk makluman, inisiatif ini diteruskan pada tahun ini dengan jenama baru iaitu bantuan kredit e-tunai rahmah.

BANTUAN ETUNAI RAHMAH

Untuk sedia maklum, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi ucapan semasa pebentangan Belanjawan 2023 yang berkonsep Malaysia MADANI. Bantuan kredit etunai rahmah adalah salah satu program yang diumumkan dan akan dilaksanakan pada tahun ini.

Peruntukan yang disediakan untuk program bantuan khas ini adalah sebanyak RM400 juta dan akan memberi manfaat kira-kira 2 juta rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan belia dan bujang. Apa yang lebih menarik, kadar bantuan ewallet ini telah dinaikkan sebanyak RM200 berbanding tahun lalu RM150.

Tujuan utama inisiatif khas ini diperkenalkan adalah bagi membantu meringankan beban golongan belia serta secara tidak langsung dapat memupuk budaya pembelian tanpa tunai. Perkara ini dapat mengurangkan risiko wang tunai hilang dan lebih selamat.

KELAYAKAN PENERIMA

Dibawah telah disediakan butiran maklumat berkenaan syarat kelayakan bantuan etunai rahmah yang telah diumumkan pada BELANJAWAN 2023 seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Golongan belia dan bujang
  • Berumur 18 sehingga 20 tahun (2023)

CARA TEBUS BANTUAN ETUNAI

Berdasarkan bantuan ewallet tahun lalu, individu yang berkelayakan boleh mendapatkan bantuan kredit ewallet ini secara tebus di platform e-dagang pilihan yang tersedia seperti berikut :

  • Big Pay
  • Shopee Pay
  • Grab Pay
  • Touch N Go EWallet

Nota : Setiap pemohon hanya boleh menebus bantuan ini sekali sahaja mengikut platform pilihan masing-masing.

TARIKH MULA TEBUS

Buat masa ini hanya pengumuman rasmi berkenaan adanya bantuan kredit e-tunai belia rahmah pada tahun ini sahaja. Dijangka dalam masa terdekat pihak kerajaan akan umumkan tarikh rasmi perlaksanaan dan cara mohon bantuan kredit khas untuk belia ini. Segala maklumat terkini mengenai bantuan ewallet ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

INFO LANJUT

Pada tahun 2023, pihak kerajaan persekutuan dan negeri telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan berbentuk kewangan untuk rakyat yang memerlukan khususnya golongan sasar. Kepada mereka yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon –¬†SEMAK DISINI untuk rujukan maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button