BANTUANi-Fitri

I-Fitri 2023 : Bantuan Tunai Sempena Aidilfitri Berjumlah RM300 Seorang

I-Fitri 2023 adalah merupakan inisiatif yang diperkenalkan khas untuk menyambut raya aidilfitri yang berbentuk bantuan tunai oleh kerajaan negeri. Untuk makluman, bantuan ini ditawarkan kepada mereka yang berkelayakan sebelum tarikh tutup permohonan pada 31 Mac ini.

BANTUAN I-FITRI 2023

Bantuan i-fitri telah diperkenalkan pada tahun sebelum ini dan masih diteruskan perlaksanaan pada tahun ini kerana atas dasar keprihatinan kerajaan dan masih relevan. Bagi membantu meringankan beban rakyat mumbuat persediaan menyambut perayaaan tahun ini.

Pemberian insentif khas berbentuk bantuan kewangan ini disediakan oleh kerajaan negeri Terengganu ini akan diberikan pada bulan April 2023. Permohonan ditawarkan kepada isi rumah yang mempunyai pendapatan bulanan dibawah RM2,500 dan RM5,000.

KADAR BANTUAN I-FITRI 2023

Bantuan i-fitri pada tahun lalu diberikan pada kadar RM400 pada keluarga miskin dan RM250 untuk keluarga yang berpendapatan RM2,500 – RM5,000 sebulan. Manakala padda tahun ini, bantuan i-fitri diselaraskan pada kadar RM300 secara on-off.

TARIKH PERMOHONAN

Untuk makluman, tarikh permohonan bantuan i-fitri 2023 berjumlah RM300 dibuka bermula 19 Mac sehingga 31 Mac 2023.

TARIKH PEMBAYARAN

Kepada pemohon yang layak akan menerima bayaran bantuan i-fitri bermula 17 April 2023.

SYARAT KELAYAKAN 

Dibawah telah disediakan syarat kelayakan bagi permohonan bantuan khas i-fitri 2023 seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Individu merupakan ketua isi rumah (KIR) pendapatan RM2,500 kebawah sebulan (B40)
  • Ketua isi rumah (KIR) pendapatan RM2,501 – RM5,000 sebulan (M40)
  • Golongan penjawat awam dan lantikan kerajaan yang terima elaun bulanan secara tetap tidak layak mohon bantuan i-fitri
  • Mendaftar dalam sistem (PRT20) Profil rakyat Terengganu
  • Merupakan rakyat Terengganu yang menetap di negeri tersebut
  • Pemohon merupakan pengundi berdaftar di negeri Terengganu.

CARA PERMOHONAN

Kepada yang menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan khusus rakyat Terengganu, anda boleh membuat permohonan. Sila layari portal rasmi iBantuan – DI SINI untuk membuat permohonan. Panduan telah disediakan di laman tersebut.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan i-fitri 2023 terdapat lebih banyak inisiatif yang telah disediakan oleh kerajaan persekutuan dan negeri pada tahun ini untuk mereka yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon –SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button