BANTUANMySalam

Bantuan Tunai B40 RM700 Untuk Rakyat Malaysia

Bantuan tunai B40 berjumlah RM700 adalah merupakan inisiatif yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi rakyat yang memerlukan. Untuk sedia maklum, bermula pada bulan November 2022 terdapat sebuah insentif yang boleh diterima secara automatik tanpa perlu memohon.

Program skim bantuan Mysalam telah diperluaskan kepada penerima bantuan keluarga Malaysia (BKM) 2022. Inisiatif ini adalah skim takaful perlindungan kesihatan secara percuma yang menyediakan perlindungan takaful untuk rakyat b40 dan berpendapatan rendah menerusi dana amanah Mysalam.

KEPENTINGAN BANTUAN KHAS

Skim bantuan ini diperkenalkan bagi tujuan membantu rakyat bagi memudahkan kehidupan normal sekiranya berhadapan dengan cabaran kewangan dengan penyakit yang dihidapi. Bantuan ini diteruskan pada tahun 2023 bagi golongan b40 yang layak boleh dapatkan insentif khas mysalam ini. Menerusi pautan rasmi Mysalam, insentif ini untuk M40 masih ditangguh dan akan dikemaskini.

MANFAAT DAN KADAR BANTUAN

Berikut adalah manfaat dan kadar bantuan yang akan diterima menerusi skim mysalam seperti dibawah :

  • Dapat bayaran insentif harian untuk tempoh 14 hari (2 minggu) pada kadar RM40 sehari bersamaan RM700 setahun
  • Bakal menerima bayaran RM8,000 yang akan diagihkan pada masa yang akan diumumkan
  • Skim perlindungan Mysalam telah diperluaskan kepada penerima BKM 2022 secara automatik.

KELAYAKAN SYARAT BANTUAN KHAS

Dibawah telah disediakan syarat kelayakan bagi mendapatkan insentif khas Mysalam bantuan tunai b40 seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Individu yang berusia 18 tahun sehingga 65 tahun dan pasangan
  • Individu OKU yang berusia 18 tahun sehingga 65 tahun – Mempunyai pendapatan tahunan dibawah RM24,000
  • Individu yang berusia 40 hingga 65 tahun – Mempunyai pendapatan tahunan dibawah RM24,000.

PANDUAN TEBUS INSENTIF

Dibawah telah disediakan panduan untuk semakan dan tebus bantuan khas ini seperti berikut :

  • Bagi penerima bantuan BPR / BSH tahun sebelum ini akan automatik layak, data maklumat akan dimasukan ke dalam sistem Mysalam
  • Jika anda ingin membuat semakan, sila layari portal rasmi Mysalam – DI SINI
  • Sila masukan butiran maklumat yang diperlukan untuk semakan
  • Untuk penerima yang layak, anda akan dimaklumkan melalui sistem SMS
  • Sekiranya anda layak tetapi tidak menerima sebarang SMS, anda boleh hubungi talian khas di 1-300 888 983 atau hantar emel ke [email protected]

Nota : Senarai penyakit yang membolehkan tuntutan bantuan dibuat, sila rujuk – DI SINI

INFO LANJUT

Jika anda terlepas pandang, pada tahun 2023 pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai bantuan kewangan untuk rakyat Malaysia terutama golongan B40 dan miskin tegar. Untuk semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk anda mohon, sila ke laman utama – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button